Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ketam Masak Cili Yang Simple Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 119

Cuti Christmas baru ni adik aku balik rumah aku. Awal-awal dah request nak makan ketam. Dah la ketam kat sini mahal. Beli jugak la 2-3 ekor. Bagi dia lepas craving je. Terus dia share kat aku resepi ketam masak cili. Wah! Main request je ye. Untung jadi adik. 

Kami dua beradik je duduk dekat sikit. Yang lain semua kat kampung. Duduk dekat dengan mak ayah aku. So, apa yang adik aku nak terpaksa la aku tunaikan. Walaupun dia tahu, kakak dia ni takde la hebat bab masak memasak. Tapi dia tak pernah lagi kata tak sedap. 

Baik betul adik aku ni kan. Nak jaga hati punya pasal. Tak sedap pun, kata sedap. Licin pinggan pulak tu. Katanya sama macam air tangan mak. Sebelum hantar dia balik baru ni, dia pesan lagi sekali nak makan ketam masak cili new years nanti. Aku dah tahu nasib aku time tu. Confirm jadi bibik dia. 

Adik bungsu memang macam ni ke? Lagi-lagi kita anak sulung perempuan dan adik bungsu kita tu lelaki. Banyak benda kita kena sabar. Manja dia lain macam. Katanya, kakak kena belajar masak dari sekarang. Nanti tak kawen-kawen sampai ke tua. Jahat mulut! 

Nah, resepi ketam masak cili ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Haseena Halim. Nampak sedap sangat lauk ni. Tengok kat gambar pun dah terliur nak makan. Kena masak ketam fresh tau. Takde la spoil mood masa makan nanti.

 

RESEPI KETAM MASAK CILI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan lauk ketam masak cili ni. Cara penyediaannya jugak seperti di bawah. Jom masak! 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 5 ekor ketam
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 serai
  • 4 sudu besar cili kering (kisar)
  • 3 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 biji telur (dipukul)
  • Garam
  • Gula
  • Daun bawang

CARA PENYEDIAAN KETAM MASAK CILI : 

▶️ Bersihkan ketam. Kemudian, dibelah dua.

▶️ Rendam cili kering dengan air panas. Kemudian, kisarkan cili kering sehingga halus.

▶️ Bawang besar dipotong kasar, bawang putih dan halia pulak ditumbuk. 

▶️ Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia & serai. Kacau sehingga masak.

▶️ Masukkan cili kering yang dikisar tadi. Gaul sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan sos tomato dan sos tiram. Kemudian, kacau.

▶️ Masukkan gula dan garam secukup rasa.

▶️ Masukkan ketam & gaul rata.

▶️ Masukkan telur biar selama 2 minit dan kacau hingga sebati

▶️ Tabur daun bawang & angkat ketam goreng cili tadi. Sedia untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Lumut Kukus Yang Paling Sedap. Simpan Lama, Lagi Sedap Rasa Kek Ni!

 

Wah! Dah siap pun hidangan ketam masak cili kita ni. Siap ada telur hancur lagi kat dalamnya. Makan lauk ketam masak cili telur ni dengan nasi putih panas-panas, mesti sedap kan. Confirm terangkat! Terus ingat kat adik aku. Suka sangat makan ketam. 

Sedap ye! Patut adik aku nak sangat aku masak lauk ni. Memandangkan ketam kat sini mahal. So, aku beli 2-3 ekor je la ketam tu. Yang penting craving adik aku hilang. Follow resepi ni sebijik-sebijik confirm menjadi! Walaupun tak reti masak.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Haseena Halim kerana sudi berkongsi resepi ketam masak cili telur yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open