Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Telur Dan Tauhu Masak Kicap Cili Hijau. Memang Terangkat Dibuatnya!

0 1,305

Resepi telur dan tauhu masak kicap cili hijau ini sangat enak dimakan dengan nasi putih. Ianya juga sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Bila tengok bahan utamanya cuma menggunakan telur rebus dan juga tauhu, tapi keenakannya buat anda menjilat jari.

Dalam resepi ini telur rebus akan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dalam kuah kicap. Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi.

Telur rebus ni makan kosong macam tu pun dah sedap. Tapi kadang kalanya ada je yang makan telur rebus ni cecah kicap. Ha! resepi kali ni memang sesuai pada mereka yang gemar dengan telur rebus cicah kicap.

Resepi ini juga menggunakan ikan bilis yang digoreng garing dan dicampurkan dalam kuah kicap cili hijau. Ditambah pula dengan tauhu goreng memang terangkat dibuatnya. Jom follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Ateekah ni. Cara penyediaannya yang mudah pasti buat anda terasa nak mencubanya.

Resepi ini juga merupakan menu ramadhan yang kesepuluh buat beliau. Nampaknya macam-macam resepi yang akan keluar bila tiba bulan ramadhan ni kan. Lebih baik masak sendiri berbanding beli diluar tau. PKP ni tak boleh nak keluar sangat!

 

RESEPI TELUR DAN TAUHU MASAK KICAP CILI HIJAU

Ada yang nak cuba tak resepi ni? Mesti ada yang dah terliur kan? Apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi ni dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 8 biji Telur (direbus Dan dibuang kulit)
  • 1 ketul Tauhu (dipotong 6)
  • 1 biji Tomato (dipotong)
  • 2 sudu besar Ikan Bilis (dibersihkan)
  • 7 batang Cili padi merah
  • 7 batang Cili padi hijau
  • 1 sudu kecil Perencah Sup
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 5-6 sudu besar Kicap Manis
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Serbuk Perasa
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Kunyit

 

Bahan kisar :
  • 7 batang Cili Hijau
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih

CARA PENYEDIAAN TELUR DAN TAUHU MASAK KICAP CILI HIJAU :

▶️ Panaskan minyak untuk menggoreng telur, minyak hendaklah betul-betul panas.

▶️ Masukkan telur, masak sehingga 1-2 minit atau permukaan telur diluar sedikit garing dan angkat.

▶️ Gorengkan tauhu, sehingga sedikit garing dan ketepikan.

▶️ Goreng ikan bilis sehingga rangup dan ketepikan.

▶️ Minyak yang sama, tumiskan bahan yang dikisar. Tumis sehingga kering.

▶️ Masukkan cili padi hijau, merah dan juga tomato.

▶️ Kemudian, masukkan pula sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk perasa, serbuk kunyit dan gula. Serta gaul rata.

▶️ Akhir sekali, masukkan telur, tauhu, ikan bilis yang telah digoreng. Masak seketika dan padamkan api.

▶️ Angkat dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Biskut Bangkit Cheese Homemade Yang Cair Dimulut. Sekali Mengunyah, Confirm Tak Boleh Nak Berhenti Dibuatnya!

 

Siap! Nampak betul-betul sedap la resepi ni. Hasil perkongsian resepi baru ni ramai yang memberi komen positif dan mahu mencubanya.

Tak cuba maka tak tahu keenakannya. Rasanya kalau anda yang nak tukar telur rebus ni kepada telur mata goreng pun sedap juga.

Semoga resepi telur dan tauhu masak kicap cili hijau ini memberi manfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open