Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Swiss Roll Atau Kek Gulung Tembikai Gebus. Sampai Ke Kulit Kita Boleh Makan!

0 95

Yang suka makan swiss roll, ni resepi untuk korang. Biasa beli je kat kedai kan. Kali ni kita buat sendiri kat rumah. Tapi kita buat kek gulung menarik dari biasa. Ni dia resepi swiss roll atau kek gulung tembikai gebus.

Kek ni sebijik warna tembikai. Mesti renyah sikit nak buat kek gulung ni kan. Kena buat beberapa warna dan masak satu demi satu lapisannya. Macam mana cara nak buat tu, kena la tengok resepi ni sampai habis.

Nampak je tembikai terus teringat bendera Palestine dan tembikai yang viral kat TikTok. Jangan putus doa untuk saudara kita kat sana ye. Semoga Allah SWT mengangkat dan memakbulkan doa-doa kita. Amin.

Resepi swiss roll atau kek gulung tembikai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah. Resepi sangat detail dan mudah nak faham. Ikut sebijik-sebijik confirm menjadi!

Macam-macam hidangan berasaskan tembikai ada sekarang ni kan. Memang kreatif sungguh. Ada yang buat kek corak tembikai, ada jugak yang buat puding tembikai. Biasanya dibuat bila ada sambutan majlis je.

RESEPI SWISS ROLL ATAU KEK GULUNG TEMBIKAI GEBUS

Tanpa membuang masa apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan swiss roll tembikai ni. Mesti korang pun tak sabar nak tengok hasilnya kan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 80gm butter (dicairkan)
  • 110ml (1/2 cwn) susu cair
  • 85gm (3/4 cwn) tepung gandum*
  • 15gm (1 1/2 sd bsr) susu tepung*
  • Secubit garam halus*
*Bahan-bahan bertanda di ayak.

 

Bahan-bahan lain : 
  •  6 bj kuning telur gred A
  • 1 sd teh esen vanila/pandan (guna red velvet emulco sedap sangat)
  • Pewarna merah & hijau
  • Coklat rice

 

Bahan-bahan meringue : 
  • 6 bj putih telur gred A
  • 1 sd teh cream of tartar (COT)
  • 110gm (1/2 cwn) gula kastor

 

Bahan-bahan hiasan : 
  • Jem strawberry
  • Fresh cream

CARA PENYEDIAAN SWISS ROLL ATAU KEK GULUNG TEMBIKAI GEBUS :

▶️ Kacau butter cair yang masih suam & susu cair dengan whisk. Masukkan bahan-bahan ayak & kacau rata.

▶️ Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji sambil kacau serta masukkan perisa yang disukai. Ketepikan dulu.

▶️ Untuk meringue, pukul putih telur dengan COT hingga berbuih. Masukkan gula dan pukul hingga soft peak. Campurkan ke dalam adunan kuning telur tadi secara 3 peringkat sambil dikaup balikkan.

▶️ Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Adunan merah lebih banyak daripada adunan hijau & putih. Adunan hijau & putih sama banyak. 1 sudu besar adunan untuk corak tembikai. Buat hijau lebih gelap daripada hijau untuk keseluruhan kulit tadi. Adunan merah dicampur dengan coklat rice. Masing-masing dimasukkan ke dalam piping bag.

▶️ Alas loyang 28x28x4 dengan baking paper. Panaskan oven dulu pada suhu 170C.

▶️ Ada 2 cara untuk buat corak tembikai. Satu, buat sebelum bakar. Caranya picit adunan hijau gelap secara memanjang, lepastu lorekkan dengan pecungkil gigi. Bakar dulu dalam 1 minit. Dalam ni lupa nak bakar dulu, jadi corak dia tak melekat pada kek. Kena corak semula lepas dah siap bakar.

▶️ Cara ke 2 buat lepas bakar, celup dalam pewarna hijau & lukis corak tembikai. Kemudian, paipkan adunan hijau ke atas corak tadi secara nipis & ratakan.

▶️ Paipkan pula adunan putih agak nipis jugak. Last sekali, paipkan adunan merah. Ketuk-ketuk sedikit loyang untuk ratakan.

▶️ Bakar api atas bawah pada suhu 170C selama 15 minit. Kemudian, turunkan suhu pd 150C & bakar selama 20 minit lagi.

▶️ Bila dah masak, terbalikkan kek ke atas baking paper baru. Tanggalkan baking paper yang melekat pada kek. Terbalikkan semula, sapu jem & fresh cream. Gulung kemas dengan mengunakan baking paper baru tadi.

▶️ Sebelum potong, simpan dalam peti 2-3 jam untuk kekalkan bentuk roll.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Sardin Yang Simple Dan Sedap. Perah Limau Nipis Untuk Rasa Lebih Padu!

 

Dah siap pun Swiss roll kita. Mesti teruja bila nampak hasil kek gulung tembikai ni kan. Teksturnya sangat lembut dan gebus. Lagi lembut dari kek gulung yang biasa kita beli kat kedai tu. Makan sejuk-sejuk keluar dari peti lagi sedap.

Agak renyah untuk orang yang tak suka nak baking. Tapi yang biasa duk dapur, mesti rasa buat kek gulung versi tembikai ni mudah je. Tengok hasil dia mement cantik sangat. Rasa sayang pulak nak makan kek ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah kerana sudi berkongsi resepi swiss roll atau kek gulung tembikai gebus ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open