Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Bakar Kuala Perlis. Pekena Dengan Ulam Dan Cabai Budu Lagi Sedap!

0 233

Ni dia resepi ikan bakar kuala Perlis yang korang wajib cuba kat rumah. Makan pulak dengan ulam dan cabai budu bunga kantan memang sedap weh! Orang kata ikan bakar kuala Perlis ni memang famous. Rugi kalau tak makan ikan bakar ni kat sana.

Orang asyik cerita je, aku sampai hari ni umur dah masuk 34 tahun tak pegi lagi Perlis tu. Nak jugak rasa masakan yang famous kat sana. Nak tunggu masa pegi tu, entah bila la erk. Baik la aku cuba buat ikan bakar kuala Perlis ni di rumah. Resepi dia pun dah ada.

Ikan bakar yang sedap bergantung pada bahan perapannya. Kalau bahan perapan dia tu biasa-biasa je, hasil ikan yang dibakar pun ala biasa je. Bahan perapan dia ni boleh buat banyak dan simpan dalam peti. Once nak bakar ikan, ambil je dan sapu kat ikan.

Resepi ikan bakar kuala Perlis ni telah dikongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zadariah Zakaria. Guna apa je jenis ikan pun boleh. Pastikan belah dua ikan macam dalam gambar kat bawah, untuk dapatkan rasa ikan bakar yang sedap.

Nak masak ikan bakar kuala Perlis ni jugak ada teknik membakar. Hasil ikan yang di bakar memang cantik je. Ikan bakar versi kuala Perlis ni siap guna susu pekat tau. Memang rare bahan perapan ikan bakar ni. Rugi sangat korang tak cuba buat kat rumah.

RESEPI IKAN BAKAR KUALA PERLIS 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan ikan bakar kuala Perlis ni. Sukatan boleh buat 3 ke 4 ekor ikan sahaja. Kalau nak buat lebih adjust je sukatan ni nanti. Jom membakar!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • ½ tin susu pekat
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 cwn air
  • 1sdt cukup rasa
  • Sedikit garam
  • 2sdm margerin@ butter+ sedikit minyak
  • 1sdm kunyit
  • Bancuhan air tepung jagung (nak pekatkan sedikit kuah)

CARA PENYEDIAAN IKAN BAKAR KUALA PERLIS :

▶️ Masak semua bahan sampai mendidih dan jadi pekat. Agak boleh sapu dan letak kat ikan.

▶️ Masukkan dalam bekas.

▶️ Bakar ikan yang dah diperap dengan garam kunyit, bakar bahagian isi dahulu separuh masak.

▶️ Alih dan letak bahagian sisik dibawah pulak. Ikan tak perlu buang sisik cuma belah belakang.

▶️ Letak perencah ikan bakar tadi. Bakar sampai masak bahagian belakang sampai nampak perencah mengelegak di atas. Tak perlu alih kalau nak alih kejap pastikan perencah dah melekat kat ikan.

 

BACA JUGA : Resepi Swiss Roll Atau Kek Gulung Tembikai Gebus. Sampai Ke Kulit Kita Boleh Makan!

 

Wah! Nampak menyelerakan sungguh ikan bakar kuala Perlis ni. Makan ikan bakar ni dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya! Jangan lupa sedia ulam dan buat cicah cabai budu bunga kantan sekali. Barulah perfect hidangan kita nanti.


Kat gambar pun dah nampak sedap ye! Korang yang tengah plan nak bakar-bakar hujung minggu atau cuti sekolah nanti, boleh la try buat ikan bakar versi kuala Perlis ni. Tak payah pegi jauh-jauh untuk nak makan ikan bakar famous ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zadariah Zakaria kerana sudi berkongsi resepi ikan bakar kuala Perlis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open