Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Matcha Brownies Yang Mudah Dan Sedap Banget. Peminat Green Tea Confirm Suka!

0 93

Siapa suka minum air perisa matcha? Ha, kali ni kita tak nak buat air tapi kita nak try resepi matcha brownies ni. Sedap sangat weh! Korang yang suka minum green tea, wajib try buat matcha brownies ni. 

Boleh beli serbuk matcha tu dekat BIG Supermarket. Bau dia sebijik macam air Starbucks. Masing-masing dah lama tak minum air kat Starbucks ke tu? Takpe, boleh cuba air lain pulak lepas ni. 

Brownies coklat dah biasa sangat kita makan. Yang matcha ni mesti ramai yang tak cuba lagi. Tak pernah lagi jumpa orang jual matcha brownies ni kat luar. Mungkin ada, tapi susah sikit nak jumpa.

Aku takde la gemar sangat minum green tea. Sebab dia ada bau yang wangi. Minum sikit-sikit tu boleh, tapi kalau banyak boleh pening jugak. Korang rasa tak, macam yang aku rasa? Tapi yang peliknya, aku boleh makan matcha brownies ni. Betul sedap weh!

Resepi matcha brownies yang sedap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Atika Nazirah. Tengok teksturnya yang kedut tu dah betul-betul menjadi. Nak buat birthday kek pun boleh. 

RESEPI MATCHA BROWNIES  

Sebelum nak buat matcha brownies ni, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. Takde la banyak mana bahan nak guna pun. Step penyediaannya pulak boleh rujuk kat bawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 120g white chocolate
  • 60g (1/4 cup) unsalted butter
  • 50g (1/4 cup) brown sugar
  • 50g (1/4 cup) caster sugar
  • 1 large egg
  • 1 tsp vanilla
  • 120g (1 cup) flour
  • 12g (2 tbsp) matcha powder
  • 1/2 tsp baking powder
  • White chocolate chunks/nuts (optional)

CARA PENYEDIAAN MATCHA BROWNIES : 

▶️ First sekali, ayak tepung, serbuk matcha & baking powder ke dalam bowl. Lepas tu double boil white chocolate & butter.

▶️ Nak panaskan dalam microwave pun boleh saja.

▶️ Next, pukul gula castor, brown sugar, esen vanila dan telor selama 5 minit. Sampai dia gebu sikit.

▶️ Kemudian, masukkan tepung yang kita dah ayak tadi ke dalam adunan.

▶️ Gaul guna spatula sahaja je. Jangan pukul pakai handmixer. Nanti tak dapat kedut-kedut tu.

▶️ Last sekali, bakar dalam suhu 150 @ 160 selama 25 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing ye.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Cara Manis Tembikai. Jatuh Cinta Tengok Coraknya Yang Cantik Ni Kan!

 

Dah siap pun matcha brownies kita. Kat bahagian atas brownies ni korang nak hias pun boleh. Makan brownies perisa matcha ni tak muak jugak ye. Tak sama macam kita makan brownies perisa coklat tu.

Kalau nak makan brownies perisa matcha, kena la buat sendiri kat rumah. Tak susah mana pun buatnya. Nampak padat je bila dah siap nanti. Brownies perisa apa lagi yang korang nak cuba lepas ni? Cuba komen. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Atika Nazirah kerana sudi berkongsi resepi matcha brownies yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open