Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Buat Puding Buah Untuk Jamuan Raya. Confirm Laju Je Habis, Bila Hidang Nanti!
Berapa hari je lagi nak raya, mesti korang dah tak sabar nak raya kan. Apa kata raya ni korang buat puding buah untuk jamuan raya. Mesti seronok dan ramai yang suka. Mudah sangat cara penyediaannya. Sedap pulak tu. Puding buah ni sesuai sangat buat desert untuk para tetamu.
Nak buat puding buah ni kena guna kombinasi dua rasa buah. Buah yang manis dan buah yang masam. Jadi, buah yang paling sesuai iaitu buah mangga dan kiwi. Memang sedap sangat rasanya. Tapi balai korang nak gunakan buah yang lain pun boleh je. Ikut citarasa masing-masing gitu!
Dessert ni antara hidangan yang wajib ada bila ada jamuan. Boleh dimakan bila habis makan makanan yang berat. Selain daripada puding, ada macam-macam lagi dessert korang boleh sediakan. Tapi, untuk kali ni nak bagi korang try buat puding buah manga yang digabung dengan buah kiwi. Memang sedap sangat rasanya!
Macam mana nak buat puding ni? Senang je, nak lebih detail korang boleh follow resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Ebah Habibah ni. Confirm resepi ni akan korang gunakan bila- bila je ada jamuan atau rumah terbuka. Ramai yang share resepi ni tau. Baru 2 hari je dah dapat 1.3k share kat Facebook.
Hasil puding buah ni memang cantik sangat. Dibuat menggunakan campuran agar-agar supaya hasilnya keras dan mudah dipotong nanti. Puding ni juga kena simpan dalam chill dulu, barulah boleh dihidang buat tetamu. Orang kata makan puding sejuk-sejuk barulah syok kan!
RESEPI PUDING BUAH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan puding buah ni. Korang nak gantikkan dengan buah lain pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Agar agar tali 1 paket (28gram)
- Udara 1.5 liter
- 1 tin susu pekat
- 1/2tin susu cair
- Buah buahan (Mangga dan kiwi)
- Pewarna kuning (untuk membuat lapisan di tengah puding)
CARA PENYEDIAAN PUDING BUAH :
▶️ Mula-mula panaskan agar-agar tali dengan 1.5liter air. Masak hingga mendidih.
▶️ Bila dah mendidih, tutup api. Lepas tu masukkan 1 tin susu pekat dan setengah tin susu cair. Kacau sebati. Kalau rasa nak lagi manis, tuang lagi susu pekat.
▶️ Langkah seterusnya, susun buah. Boleh guna buah mangga dan kiwi. Kombinasi masam dengan manis. Dan untuk resepi ni, boleh guna loyang saiz 8 inci ye.
▶️ Tuang agar-agar perlahan-lahan guna senduk. Tuang dalan 5 senduk je lepas tu kita masukkan dalam peti sekejap bagi keras sikit.
▶️ Ambil pula 3 senduk agar-agar tu, masukkan dalam mangkuk lain. Lepas tu letak pewarna kuning dan kacau rata.
▶️ Kemudian, tuang atas agar-agar yang dah tuang dalam loyang isi buah tu. Tapi yang ni nak skip pun boleh.
▶️ Boleh buat layer kuning untuk cantikkan puding. Bila layer kuning tu dah keras sikit kita tuang yang balance tadi tu sampai habis.
▶️ Okey tunggu sejuk sikit barulah masukkan dalam chill dalam 4 jam atau lebih. Siap!
BACA JUGA : Resepi Bihun Goreng Cili Padi Yang Pedas Kebabom. Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Puding ni perlu disejukkan dan di keraskan untuk beberapa jam. Supaya senang proses nak potong dan hidang nanti. Kalau tak sejuk, nanti nak potong buah tu tak cantik jadinya. So, bila dah siap nanti. Korang simpan je dulu dalam chill barulah menjadi!
Puding buah ni ada macam-macam cara korang boleh buat. Ada yang guna acuan bunga, ada yang buat ala-ala cermin dan macam-macam lagi. Terpulang ikut kreativiti masing-masing. Tapi untuk dapatkan puding buah yang cantik, korang memang perlukan agar-agar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ebah Habibah kerana sudi berkongsi resepi puding buah untuk jamuan raya ini di Facebook. Sangat mudah untuk di faham. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa save siap-siap resepi ni. Selamat mencuba!