Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri Gitu. Panaskan Esoknya Lagi Sedap!
Musim-musim banyak daging korban ni mesti ramai yang cari resepi kan. Nak masak rendang, nak masak gulai dan macam-macam lagi lah. Disebabkan dah lama tak makan kenduri, apa kata kita masak daging hitam ala-ala kenduri. Seronok juga kan!
Resepi daging masak hitam ini akan dimasak sehingga kering. Tahan lama dan bila dipanaskan keesokkan harinya, rasanya bertambah sedap. Kali ni kita hidangkan daging masak kenduri ini dengan nasi putih je.
Biasanya dikenduri kendara, daging masak hitam ini akan dihidang dengan nasi minyak. Memang sedap sangatlah. Tambah pula sayur acar. Rasa nak tambah nasi dibuatnya! Tapi kat kenduri orang kena segan sikitlah kan.
Kalau rajin boleh masak nasi minyak sekali. Nak makan dengan nasi putih pun dah sedap sebenarnya. Cara penyediaannya sangatlah mudah. Tapi kena diingatkan nak masak daging masak hitam ini, kena diperap lama dalam 2-3 jam macam tu.
Kalau perap semalaman lagi sedap. Tapi, tak kalau dah tak sabar nak makan perap ikut jam pun boleh. Apa kata kita ikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Rusfaniza Abu Yazid ini. Confirm puas hati dengan hasilnya. Terasa nikmat makan kenduri tau.
RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA-ALA KENDURI
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rusfaniza kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Sebanyak 8.5k share di facebook beliau. Nampaknya ramai sangat yang rindu nak makan kenduri. Musim pkp memang tak dapatlah kena masak je dirumah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perapan :
- 2 kilo Daging
- Kicap manis
- Kicap pekat
- 20 tangkai cili kering (dikisar)
Bahan tumis :
- 4 sekawan
Bahan kisar A :
- 2 biji bawang besar
- 10 ulas bawang putih
- 5-6 hiris halia
Bahan kisar B :
- 2 batang serai
- 5 biji buah keras
- 1 genggam kismis hitam/ kismis kuning
- 1 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil lada hitam
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK HITAM ALA-ALA KENDURI :
▶️ Perap daging dengan kicap manis, kicap pekat dan cili kering bland. Perap sekurang-kurangnya 2-3 jam.
▶️ Sementara tunggu daging, kita bland bahan A dan bahan B. Asingkan dalam dua bekas.
▶️ Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan dan masukkan bawang iaitu bahan A.
▶️ Bila dah nampak garing masukkan rempah pula iaitu bahan B.
▶️ Bila dah pecah minyak macam ni masukkan daging. Guna api perlahan dan jangan tuang air sebab daging akan keluar air sendiri.
▶️ Masak sampai kering macam ni. Kalau nak masak kering kena gunakan api yang perlahan. Lebih kurang 3 jam nak masak. Siap!
BACA JUGA: Resepi Kuih Bingka Labu Paling Mudah Dibuat. Nak Jadi Menu Sarapan Pagi Pun Boleh!
Siap untuk dihidang! Berbaloi dan puas nak makan. Kalau kat kenduri malu nak tambah. Kat rumah nak makan banyak mana pun takde yang larang. Jangan salahkan resepi kalau berat badan dah naik tau.
Daging ni boleh masak banyak-banyak. Masukkan dalam bekas kecil dan simpan dalam peti sejuk. Tiap kali nak makan keluarkan. Memang sedap rasanya bila dipanaskan balik. Nak tahu sejauh mana keenakannya, kenalah cuba!
Lepas ni kalau craving nak makan lauk kenduri kendara, search je resepinya di blog ni. Macam-macam resepi ada. Semoga resepi daging masak hitam ala-ala kenduri ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!