Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Paling Mudah Buat Puding Jagung Lemak Manis. Makan Sejuk-Sejuk Sedap Sangat!

0 601

Ada tak penggemar puding jagung kat sini? Makan puding jagung ni sejuk-sejuk sedap kan. Pekena pula musim panas sekarang ni. Mesti rasa nak makan benda-benda manis dan sejuk je. Apa kata hari ni korang follow resepi puding jagung lemak manis di sini. Confirm puas hati dengan rasanya!

Puding jagung ni biasanya di jadikan pemanis mulut untuk tetamu. Raya-raya macam ni mesti korang nak buat open house kan. Boleh sangat dah kalau nak buat puding jagung ni sebagai menu dessert. Buat waktu malam dan simpan dalam peti. Esok nak open house, hidang sejuk-sejuk.

Cara penyediaan puding jagung lemak manis ni sangatlah mudah dan tidak memerlukan bahan memasak yang banyak. Korang cuma perlu campur semua bahan dan masak atas kuali sampai pekat dan meletup-letup. Dah masak tuang cepat dalam loyang atau apa-apa je bekas acuan.

Jangan biar puding duduk lama dalam kuali. Nanti keras pula puding kat dalam tu. Dah susah pula korang nak masukkan dalam bekas. Selain dijadikan hidangan tetamu, puding ni juga sesuai dijadikan hidangan minum petang keluarga. Anak-anak,suami dan mak ayah kita mesti suka.

Resepi puding jagung lemak manis ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fatimah Saari. Nampak cantik sangat warnanya. Korang pun mesti dah tak sabar nak cuba kan. Tak sempat nak buat weekday ni, korang buat lah hujung-hujung minggu. Boleh bagi jiran rasa sekali.

 

RESEPI PUDING JAGUNG LEMAK MANIS : 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan puding jagung ni. Kalau dah lengkap semua bahan, bolehlah terus buat. Memang tak ambil masa yang lama pun nak buat puding ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan tpg kastard
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 cawan santan (kara)
  • 1/2 sdk Garam
  • 1 tin jagung

CARA PENYEDIAAN PUDING JAGUNG LEMAK MANIS :

▶️ Campur semua bahan dalam periuk dan gaul sebati.

▶️ Buka api pelan kacau sampai meletup-letup.

▶️ Tutup api masuk loyang atau acuan yang korang suka.

▶️ Letak dalam peti ais 3-4  jam.

▶️ Siap untuk di hidang! Done puding jagung.

 

BACA JUGA : Resepi Kari Sardin Tin Dan Kentang. Bosan Rasa Yang Sama, Jom Tukar Cara Masak Yang Lain Pulak! 

 

Wow! Peminat puding jagung yang tak pernah buat sendiri, boleh sangat follow resepi ni. Senang weh! Tak pandai nak masak pun boleh buat kalau resepi simple macam ni.

Untuk pengetahuan, Cik Puan Fatimah Saari ni sangat suka berkongsi resepi di wall Facebook milik beliau. Seronok kan tengok orang yang rajin memasak ni. Mesti anak-anak dan suami mereka happy je. Nak request makan apa pun semua jadi. 

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi puding jagung lemak manis yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open