Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Kuih Bunga Atau Tepung Bunga Guna 4 Bahan Je. Kuih Orang Ganu Yang Paling Simple Dan Cepat Dibuat!

0 1,629

Pernah cuba buat kuih bunga? Kuih bunga atau juga dikenali sebagai tepung bunga merupakan kuih tradisional orang Kelantan dan Terengganu. Sangat simple dan cepat dibuat. Tak sampai sejam dah siap. Malah hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Resepi ini boleh menggunakan santan untuk melemakkannya. Teksturnya pula lembut, liat dan manis. Kuih ini juga digoreng dengan celupan telur. Adunannya cuma menggunakan tepung pulut dan juga air.

Dibentuk doh sehingga tak melekat pada tangan dan digentel kecil-kecil. Hasil selepas digoreng kuih ini berbentuk seakan bunga. Sebab itulah namanya kuih bunga. Kuih ini juga boleh dijadikan kudapan minum petang anda sekeluarga.

Kalau bosan nak makan pisang goreng, cekodok apa kata kali ini kita cuba resepi orang ganu pula. Anak-anak confirm suka! Rasa manis je mesti mereka suka. Mak-mak kena try pelbagai resepi kalau tak nak anak meragam musim pkp ni.

Resepi kuih bunga ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah. Menjelang bulan ramadhan kuih ini juga akan seringkali dibuat. Untuk pemanis mulut semasa berbuka puasa.

 

RESEPI KUIH BUNGA ATAU TEPUNG BUNGA 

Mungkin ada generasi muda yang tak kenal lagi dengan resepi ini. Terutamanya orang luar dari Kelantan dan Terengganu. Tak mengapa, mak-mak yang dah cuba resepi ni bolehlah kenalkan dengan anak-anak. Kot-kot anak bertemu jodoh orang pantai timur.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cwn tepung pulut
  • 3/4 cwn air
  • 1 bj telur (dipukul)
  • Gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN BUAT KUIH BUNGA ATAU TEPUNG BUNGA :

▶️ Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sedikit lagi.

▶️ Ambil sikit doh dan gentel bulat. Kemudian, tekan dengan ibu jari dan celupkan kuih ke dalam telur.

▶️ Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga.

▶️ Angkat dan salut dengan gula.

 

BACA JUGA: Resepi Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri Gitu. Panaskan Esoknya Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas dengan kopi o pun seronok juga. Layan petang-petang yang sayup ni. Walaupun resepi ini dari negeri lain tapi tak salah kita mencubanya. Bolehlah bertukar selera makanan yang baru.

Orang malas pun boleh cuba resepi ni. Sebab sangat-sangatlah mudah. Nak buat banyak-banyak pun boleh. Sebab dapat kat anak-anak laju je habis. Kalau nak tambah santan boleh je tambakan sedikit santan untuk lemakkan kuih ni.

Tak letak pun takpe. Hasilnya akan sama dengan resepi ni. Kalau nak cuba pelbagai resepi kuih muih boleh search kat blog kongsi resepi ni. Banyak lagi kuih muih yang menarik ada disini. Semoga resepi kuih bunga ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open