Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Bingka Labu Paling Mudah Dibuat. Nak Jadi Menu Sarapan Pagi Pun Boleh!

0 200

Ada yang nak buat sarapan pagi kuih bingka labu? Apa kata follow resepinya disini. Sangat mudah dan semua bahan cuma perlu dikisar halus sebelum dibakar. Jom buat sarapan pagi bingka labu untuk anak-anak dan suami.

Labu yang digunakan perlulah direbus terlebih dahulu sehingga lembut barulah dimasukkan dalam blender. Tak perlu adun tepung dengan cara manual. Semua bahan akan disatukan dalam blander sahaja.

Yang nak sarapan pagi dengan bingka labu, bolehlah buat waktu malam. Sarapan pagi esok dah boleh hidang bingka labu ni. Bingka labu sangat ramai penggemarnya. Ianya merupakan kuih tradisional yang sangat disukai ramai.

Selain menggunakan labu, bingka juga boleh menggunakan isi durian, ubi dan macam-macam lagi. Bahagian atas bingka akan ditaburkan dengan bijan. Teksturnya pula lembut didalam dan sedikit berkerak diatas.

Resepi bingka labu ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Fauziah Yahya. Follow je resepi yang beliau kongsikan ini. Confirm anda puas hati dengan hasilnya! Tak songka ada cara paling mudah nak buat bingka labu. Lepas ni nak buat setiap hari pun boleh.

 

RESEPI KUIH BINGKA LABU

Kuih ini dulunya dibakar atas kayu api, tapi sekarang dah moden. Bingka cuma perlu dibakar dalam oven je. Tak perlu cari kayu api. Masakan yang menggunakan kayu api ini lain sedikit rasanya. Tok nek moyang kita je yang tau nikmatnya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan labu (direbus dan dilecek)
  • 3 cawan santan (1 kotak santan kecil jadikan 3 cawan)
  • 3 biji telur (apa-apa gred pon boleh)
  • 3 sudu marjerin
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 sdk pewarna kuning
  • Sedikit bijan

CARA PENYEDIAAN BINGKA LABU :

▶️ Blend ke semua bahan hingga sebati.

▶️ Sapukan loyang dengan sedikit marjerin masukkan ke dalam loyang dan tabur bijan.

▶️ Bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak gunakan api atas bawah.

▶️ Tunggu sejuk baru boleh dipotong. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Tom Kha Gai Atau Thai Coconut Chicken Soup. Hidangan Thai Yang Sangat Aromatik!

 

Siap untuk dihidang! Mudah sangatkan. Bingka labu ini lebih sesuai menggunakan labu manis. Tapi kalai nak guna labu biasa pun boleh je. Ejas manis pada gula. Wangi sangat bau bingka labu ni bila dibakar. Rasa tak sabar nak makan.

Bingka labu ini juga tetap dengan teksturnya yang lembut walaupun dimakan waktu sejuk. Tak kira dimakan sejuk atau panas, rasanya tetap sama dan tetap sedap. Dimana ada bingka disitu ada bijan. So, jangan lupa taburkan bijan ye.

Ramai juga peniaga kecil yang menjual kuih ni. Tapi musim covid ni lebih sesuai masak dirumah. Semoga resepi bingka labu yang simple dan sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open