Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sos Black Pepper Viral. Rasa Yang Sedap Dan Langsung Tak Muak

0 7,444

Bila makan sos black pepper paling risau bila tak kena dengan tekak. Cepat muak bila terlalu air atau terlalu pekat bahan yang digunakan.

Sebab tu bila nak makan chicken grill, lamb chop ke atau apa -apa yang dimakan dengan sos black pepper ni, selalu takut tak habis. Silap haribulan boleh putus selera tau.

Tapi sejak jumpa sos black pepper yang viral ni buat follow resepi ni. Boleh makan banyak-banyak tanpa rasa muak. Siap jilat sampai licin pinggan tau.

Terima kasih kepada pemilik resepi Cik Puan Afy Al -Habib sebab sudi kongsikan resepi mudah dan sedap untuk buat sos black pepper ni. Serious korang memang wajib cuba tau!

Jom saya kongsikan macam mana nak buat sos black pepper viral ni. Simple jee..

 

RESEPI SOS BLACK PEPPER VIRAL

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ¾ sudu besar planta
  • 1 ulas bawang putih (racik halus)
  • 1 tin sos spageti keju
  • 1 tin air suam
  • 1 sudu besar serbuk cheese
  • ½ sudip kicap manis (cap apa-apa pun boleh)
  • ¾ sudu besar serbuk lada hitam (lada hitam yang dikisar)
  • ¾ sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN SOS BLACK PEPPER VIRAL :

▶ Mula-mula panaskan planta dengan api yang kecil je. Tumis bawang putih hingga naik bau.

▶ Bila bawang dah kekuningan, masukkan sos spaghetti keju tu. Ambil yang tin kuning tu tau. Jangan tersilap sebab ada banyak jenis.

▶ Masak sekejap dan masukkan air suam. Kacau sebati dan biarkan seketika dia menggelegak.

▶ Bila agak dah mendidih, masukkan serbuk cheese. Ni kalau ada tau. Jika tiada pun tak apa.

▶ Kemudian, masukkan kicap manis. Jangan guna kicap masin pulak!

** Kicap ni masukkan ikut kesesuaian warna yang kita nak. Jika nak lebih gelap, lebihkan kicap.

▶ Bila warna dah okay, masukkan serbuk lada hitam.

▶ Masukkan gula sikit demi sikit. Rasa dulu jika rasa dah okay, tak perlu teruskan dengan gula.

▶ Kacau bahan-bahan supaya sebati. Bila dah sebati semua, boleh lah padamkan api.

Siap dan boleh dah dihidang!

Kuah sos black pepper ni memang marvellous dapat makan dengan chicken grill atau chicken chop, lamb grill atau beef steak. Fuuh! Hari-hari makan pun layanz sebab kuah dia tak muak dan boleh makan selalu.

Resepi untuk buat chicken grill boleh refer sini ye

Kalau nak mudah, boleh buat banyak sikit dan simpankan dalam peti. Bila nak makan, boleh panaskan aje dalam pan. Ramai yang dah buat follow resepi sos black pepper ni, memang menjadi dan sedap!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada anda semua. Dan jangan lupa share di facebook ya!

 

Resepi lain: Daging Masak Kurma | Mudah Dan Sedap

Resepi lain: Sotong Goreng Buttermilk | Creamy | Wajib Cuba

Resepi lain: Puding Milo Oreo | Serious Sedap | Wajib Cuba

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open