Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Tandoori Air Fryer Dan Roti Naan Homemade. Lebih Jimat Dan Confirm Puas Hati!
Nak cuba ayam tandoori air fryer dan roti naan cheese homemade? Ayam tandoori sangat sinonim dihidang dengan roti naan, tak kira naan cheese, potato naan dan macam-macam lagi. Sebut je ayam tandoori terus terbayang roti naan kat mamak!
Nak makan ayam tandoori dan roti naan, tapi bimbang nak keluar membelinya sebab tengah lockdown. Apa kata kita buat semuanya secara homemade, mesti seronok kan. Kali ini ayam tandoori cuma perlu dimasak menggunakan air fryer sahaja.
Ayam tandoori yang sedap adalahnmenggunakan bahagian whole leg. Ramai yang kurang gemar makan isi ayam. Bila menggunakan whole leg, terasa tekstur ayam yang dibakar tadi berminyak lembut dan tak kering seperti bahagian isi.
Seperti dikedai mamak, ayam tandoori dan roti naan akan dihidang dengan cicahan yang dipanggil sebagai chutney pudina. Begitu juga dengan resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurul Jannah ini. Resepi chutney pudina juga turut dikongsikannya.
RESEPI AYAM TANDOORI AIR FRYER DAN ROTI NAAN HOMEMADE
Terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana berkongsikan resepi ini difacebook. Jom kita lihat satu persatu bahan yang diperlukan dalam penyediaanya. Buat secara homemade mungkin anda lebih puas hati.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan perapan ayam :
- 2 ketul ayam whole leg
- 1 btg serai*
- 1/2 inci kunyit hidup*
- 1 inci halia*
- 2 ulas bwg putih*
- 1 biji bwg besar*
- 1sb serbuk paprika
- 1sb biji ketumbar
- 1sb jintan halus
- 1sk jintan manis
- 1sk garam masala
- 1sk garam
- Yogurt asli
- Pewarna merah
- 1sb minyak zaitun
- 1sb madu
- Kiub pati ayam
Bahan untuk doh roti naan :
- 250g tepung roti*
- 1sk gula*
- 5g garam*
- 8g yis kering*
- 1sb yogurt*
- 100g air sejuk*
Bahan untuk chutney pudina :
- Daun pudina
- Daun ketumbar
- 2 btg lada hijau
- 7 bji cili padi hijau
- 1sb gula
- 1/2 biji lemon
- Secubit garam
- Yogurt
CARA PENYEDIAAN AYAM TANDOORI AIR FRYER DAN ROTI NAAN HOMEMADE :
Cara penyediaan ayam tandoori :
▶️ Kisar halus bahan-bahan yang bertanda *. Kemudian, masukkan dalam mangkuk ayam bersama bahan-bahan yang tidak bertanda.
▶️ Gaul sebati dan perap dalam chiller semalaman dan panggang menggunakan air fryer.
Cara penyediaan roti naan :
▶️ Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda * kedalam bread maker atau mixer. Uli sehingga doh menjadi lembut dan elastik (rujuk video).
▶️ Perap doh selama 1 jam. Dah kembang bolehlah bulat-bulatkan dan gelek bentuk bulat. Bakar atas non stick pan leper (boleh rujuk video cara rounding dan gelek doh yang mudah serta tips-tips roti naan menjadi lembut)
Cara penyediaan chutney pudina :
▶️ Kisar halus semua bahan dengan sedikit air dan siap!
BACA JUGA: Resepi Nasi Cupcake Yang Simple Dan Sedap. Sekali Resepi Untuk Baby Bawah Satu Tahun!
Siap semua hidangan boleh disatukan dalam satu pinggan kecuali chutney pudina. Nak makan ayam tandoori ni lebih sedap bila diperahkan limau nipis. Roti nan pula lebih baik dimakan panas-panas sebab teksturnya masih lembut.
Boleh tekan link pada nama yang telah dihyperlinkan ke facebook beliau untuk melihat video yang beliau kongsikan. Mungkin dengan melihat video, lebih memudahkan anda untuk menyediakannya.
Lepas ni tak perlu makan atau beli diluar lagi. Buat sendiri dan bakar guna air fryer je lebih mudah. Semoga resepi ayam tandoori air fryer dan roti naan homemade ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!