Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Siput Belitung Masak Nanas Bersantan Bersama Kicap Pedas Enaq. Sedap Giler Hasilnya!

0 822

Resepi siput belitung masak nanas bersantan ini akan dihidang dengan kicap pedas enaq. Lagi enak bila dapat keluarkan isi dari siput. Siput belitung juga dikenali sebagai siput sedut yang biasanya dimasak lemak cili api, kicap, kari dan sos tiram.

Apa kata kali ini anda semua mencuba resepi ini untuk hidangan makan malam anda bersama keluarga. Ala-ala makan di restoran mewah hasilnya. Cukup dengan rasa pedas, masam, manis dan juga lemak.

Apa saja jenis makanan laut pasti digemari ramai. Tak kira udang, ketam, sotong dan juga siput. Agak leceh masa nak makan sebab perlu menyedut siput untuk mendapatkan isinya. Tapi bila dah dapat, tak berhenti jawapnya!

Untuk memudahkan anda menyedutnya, siput belitung perlu dipotong hujungnya. Orang dulu-dulu duduk bawah pokok dan potong hujungnya guna pisau atau parang pemotong. Sekarang ni guna playar je. Mudah dan cepat!

Resepi siput belitung masak nanas bersantan ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Suzy Dujie. Beliau juga menghidangkan siput sedut ini bersama kicap pedas jenama enaq yang disukai ramai. Cari siput fresh lagi sedap rasanya!

 

RESEPI SIPUT BELITUNG MASAK NANAS BERSANTAN BERSAMA KICAP PEDAS ENAQ

Hidangan ini juga mempunyai rasa yang pedas. Sangat sesuai buat mereka yang gemar dengan masakan pedas. Penggunaan cili juga boleh dikurangkan dari sukatan asal resepi ini. Terpulang dengan citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg siput belitung (dicuci bersih)

 

Bahan kisar :
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili hijau
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

Bahan sos :
  • 2 sudu besar kicap pedas enaq
  • 1/2 biji nanas masak
  • 3/4 cawan santan pekat
  • Serai
  • Asam keping

CARA PENYEDIAAN SIPUT BELITUNG MASAK NANAS BERSANTAN BERSAMA KICAP PEDAS ENAQ :

▶️ Cuci dan rendam siput belitung bersama sedikit garam dan cili.

▶️ Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

▶️ Kemudian, masukkan 2 sudu besar kicap pedas enaq dan kacau sebati.

▶️ Masukkan siput belitung, nanas, santan, serai dan asam keping.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau hingga masak. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Malted Hazelnut Chocolate Cookies Untuk Kudapan Anak-Anak. Crunchy Dan Sedap Sangat Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Mesti ramai yang belum mencuba resepi istimewa ini kan. Boleh dimakan ratah begitu saja atau dihidang bersama nasi putih dan lauk pauk yang lain. Lauk simple, sedap dan cukup menyelerakan.

Resepi ini boleh dihidang bila berkumpul dengan keluarga. Rasa huru hara juga nak makan nanti. Sebab macam-macam bunyi nak sedut siput ni. Untuk mereka yang tak pandai sangat nak sedut terpaksalah menggunakan teknik mencungkil.

Penggemar siput sedut wajib cuba resepi siput belitung masak nanas bersantan ini. Lagi-lagi dicampurkan kicap pedas enaq, power giler! Rugi sangat tak cuba. Bolehlah bertukar selera. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open