Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Harimau Menangis Homemade Jer. Rasa Sedap Padu Kalah Kedai!

0 1,493

Heboh juga dengan daging harimau menangis sekarang ni dekat facebook dan media sosial. Harga dia memang agak mahal tapi rasa dia sedap dan berbaloi. Perapan daging tu sangat penting dalam memberikan rasa yang terangkat!

Bukan hanya daging, sos dia pun padanan yang penting barulah boleh dapat rasa yang mantap dan makan tanpa halangan.

Nak pergi makan seorang dua di kedai, memang berbaloi dengan harga dan persembahan pinggannya. Tapi jika nak buat sendiri ianya lebih berbaloi-baloi untuk makan beramai-ramai. Sekali buat je tapi dapat makan banyak.

Baru puas hati dapat hidangkan daging harimau menangis ni dekat family dan kawan-kawan. Rasanya lagi sedap dari kedai tau!  Jom saya kongsikan cara macam mana nak buat serta bahan-bahan yang digunakan.

Nak buat menu daging harimau menangis ni perlukan 2 bahagian bahan. Iaitu bahan untuk perapan dan bahan untuk sos pencicah. Follow je tau resepi yang dikongsikan oleh Shaa Fikaa ni.

Apa yang menariknya, ini adalah percubaan pertama beliau buat resepi daging harimau menangis dan menjadi sedap dan padu!

 

RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS

Bahan perapan daging :

  • Daging lembu
  • Sos tiram
  • Gula kabung (nisey padi)
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Sedikit minyak masak

 

Bahan untuk  Sos Pencicah :

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Gula kabung (nisey padi)
  • Cili hijau+merah
  • Sos tiram
  • Nampla
  • Perahan limau nipis
  • Daun ketumbar

CARA PENYEDIAAN DAGING HARIMAU MENANGIS BESERTA SOS SEDAP :

▶ Basuh bersih daging lembu, hiris nipis-nipis. Bawang putih potong dadu halus-halus.

▶ Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. Daging, gula nisey atau gula kabung. Sos tiram, bawang putih, lada hitam dan sedikit minyak masak.

▶ Perapkan selama beberapa jam. Lagi lama perap, rasa dia akan lagi sedap.

▶ Sementara itu jom kita buat sos pencicah pulak. Racik halus bawang putih dan bawang merah.

▶ Masukkan dalam 1 bekas bawang-bawang tadi, gula kabung, cili hijau dan cili merah yang ditumbuk kasar, sos tiram, nampla atau sos ikan.

▶ Gaulkan sebati semua bahan. Kemudian, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau.

▶ Kacau sehingga sekata. Mudah je kan nak buat sos dia.

▶ Selepas beberapa jam, daging dah mesra dengan perapan jom lah kita bakar daging kita.

▶ Nak bakar atas apa-apa pun boleh, tapi lebih mudah bakar atas pan non sick. Cepat masak dan rasa juicy aje.

▶ Daging dah masak, boleh lah hidangkan dengan sos pencicah tadi.

▶ Makan panas-panas memang sedap! Cuba lah.

BACA JUGA: Resepi Viral Daging Masak Hitam Ala Kenduri. Cara Yang Mudah Dan Rasa Dia Sangat Padu!

Bila dah tengok bahan yang digunakan dan cara nak buat dia, tidak lah susah mana kan? Boleh buat sendiri dekat rumah kita. Tak hairan lah sekarang ni dah pandai buat masakan daging harimau menangis ni.

Tapi jangan ditanya kenapa namanya sebegitu, mungkin disebabkan daging yang dimakan itu dicicah dengan sos yang pedas mungkin? Siapa yang tahu kan.

Jadi bila dah tahu rahsia resepi daging harimau menangis ni lagi mudah lah kita nak buat. Suami dan anak-anak nak minta makan selalu pun dah tak jadi masalah. Semua bahan memang ada di rumah.

Lebih mengejutkan, ada yang buat sebagai jualan tau. Musim sekarang ni kena lah pandai mencari income sendiri. Bila kita pandai masak sesuatu, bolehlah jadikan jualan untuk orang lain merasa.

Sebagaimana kita mendapat manfaat, kongsikan juga posting ini di wall facebook korang tau. Semoga orang lain juga mendapat manfaat yang sama seperti kita.

Selamat mencuba !

 

Resepi lain: Sambal Tempoyak Ikan Bilis | Mudah Dan Sedap | Confirm suka

Resepi lain: Sambal Goreng Campur Kenduri | Serious Sedap | Berlemak

Resepi lain: Rendang Ayam Cili Padi | Ecak Ecak Sedap | Makanan Wajib Pagi Raya

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open