Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus. Confirm Sedap Dan Tak Muak Makan Nanti!

0 86

Siapa sini suka makan puding karamel? Ha, kali ni kita nak try resepi kek karamel pelangi yang gebus ni. Confirm tak muak dan manis sangat bila makan nanti. Gabungan kek span dan puding karamel ni memang marvellous ye. Rugi sangat kalau korang tak cuba! 

Adik ipar aku jenis suka baking. Birthday anak-anak dia atau suami dia memang tak pernah beli lagi kek kat luar. Semua homemade. Sampai dah bosan makan kek span, dia buat pulak kek birthday puding karamel. Pun boleh ye! Lagi laju habis banding kek span biasa. 

Semalam aku terjumpa pulak kek karamel pelangi ni kat Facebook. Wow! Terus share kat dia. Katanya nanti birthday aku, dia try buat kek ni. Untung erk dapat adik ipar baik-baik macam ni. Makan kek span biasa tu kadang tak habis pun. Beli secret recipe pulak mahal sangat. 

Resepi kek karamel pelangi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah. Lawa tau kek ni. Lapisan bawahnya berwarna warni macam pelangi. Di bahagian atasnya pulak ada kek puding karamel. Confirm sedap dan tak muak makan. 

Time ada kerajinan nak baking, boleh la buat kek ni kan. Letak kat dalam peti kejap dan makan sejuk-sejuk. Fuh! Berbaloi buat walaupun perlukan tenaga nak buat kek berwarna warni ni. Lawa bila dah potong-potong nanti. Kek ni nak hidang kat majlis untuk pencuci mulut pun sesuai. 

RESEPI KEK KARAMEL PELANGI 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek karamel pelangi ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti di bawah. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan karamel : 
  • 2 sudu besar gula pasir

 

Bahan-bahan puding :
  •  3 biji kuning telur A
  •  2 biji telur A (kuning + putih)
  •  1 tin (390gm) susu cair/ krimer sejat
  •  1/2 cawan susu pekat manis
  •  1 sudu teh esen vanila

 

Bahan-bahan meringue :
  •  6 biji putih telur
  •  3/4 cawan gula pasir
  •  1 sudu teh cream of tartar

 

Bahan-bahan kek :
  •  3 biji kuning telur A
  •  1/2 cawan gula pasir
  •  1/2 cawan air
  •  1/4 cawan minyak masak
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  1 1/2 cawan tepung gandum*
  •  1 sudu besar serbuk penaik*
(Bahan-bahan bertanda * di ayak bersama)

 

Bahan pewarna : 
  • Pewarna merah, kuning, hijau, biru, unggu

 

CARA PENYEDIAAN KEK KARAMEL PELANGI : 
Cara buat karamel :

▶️ Cairkan gula dalam loyang saiz 9″ atas api sederhana hingga perang muda.

▶️ Jangan di kacau, lenggang-lenggangkan je loyang hingga karamel rata. Sejukkan dulu.

 

Cara buat meringue : 

▶️ Pukul putih telur hingga berbuih.

▶️ Kemudian, masukkan cream of tartar & gula sedikit demi sedikit sambil pukul dengan high speed hingga kental & bertanduk.

 

Cara buat kek :  

▶️ Satukan telur, gula, air, minyak & esen vanila. Pukul sehingga berbuih. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga sebati.

▶️ Kemudian, masukkan 2 senduk meringue ke dalam adunan kek. Kaup balikkan dari bawah ke atas. Bila dah rata, masuk 2 senduk meringue lagi. Kaup balik & sebatikan. Masukkan semua baki meringue & kaup balik lagi hingga sebati.

▶️ Bahagikan adunan kepada 5 bahagian & campur pewarna. Masa ni dah boleh panaskan oven dulu pada suhu 170°c selama 10 minit.

▶️ Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi. Akan ada bunyi crack, tu adalah bunyi karamel/ gula hangus retak. Ia biasa berlaku.

▶️ Tuang 4 sudu besar adunan kek di tengah-tengah puding. Jangan risau, adunan tak akan bercampur dengan adunan puding disebabkan putih telur/meringue yang banyak dalam adunan kek, ia jadi ringan & timbul dipermukaan puding.

▶️ Selang selikan adunan dengan warna berlainan sebanyak 4 sd besar untuk lapisan pertama dari merah, kuning, hijau, biru & ungu. Lapisan kedua 3 sudu, lapisan ke empat 2 sudu & akhir sekali 1 sudu.

▶️ Letak loyang kek di dalam loyang yang lebih besar & isi air panas hingga 1/4 dari loyang. Bakar kek dengan cara water bath pada suhu 160°c selama 1 jam 10 minit, bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Biar kek sejuk selama 20 minit hingga tepi kek lekang/ renggang dari loyang. Sisipkan tepi kek dengan pisau & terbalikkan perlahan-lahan di atas pinggan. Simpan dalam peti ais, sedap makan sejuk-sejuk. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Keledek Oren Sira Gula Putih. Sesuai Sangat Untuk Hidangan Berbuka Puasa!

 

Nyum nyum! Memang sedap weh kek ni. Banyak step nak buat tapi hasilnya memang sangat memuaskan hati. Kek karamel ni korang nak ganti dengan perisa coklat moist di bahagian bawahnya pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing. 

Patut la kek ni gebus je. Rupanya di bakar cara water bath. Lepas ni korang yang suka makan puding karamel boleh la cuba resepi ni. Kek ni tak jumpa jual kat kedai kek. Kalau nak makan, kena la kita buat sendiri kat rumah. Anak-anak pun suka. Berebut nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Al Fatihah T-hah kerana sudi berkongsi resepi kek karamel pelangi yang gebus dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open