Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Keria Guna Keledek Oren Dan Sira Gula Putih. Sesuai Untuk Juadah Berbuka Puasa!

0 73

Setiap kali pergi Melaka, mesti beli kuih keria. Tak sampai rumah lagi dah habis makan sepanjang jalan. Beli la berapa banyak pun. Confirm habis! Kali ni nak try resepi kuih keria guna keledek oren dan sira gula putih ni. Buat kat rumah je.

Resepi ni takde sukatan tepat. Semua main agak-agak je. Sebab nak buat sikit untuk hidangan minum petang. Kalau ikut resepi ni, boleh la dapat dalam 20 biji  kuih keria. Saiz dia comel-comel je. Sekali ngap habis!

Keria gula Melaka ni viral di Melaka. Ada yang sanggup barbaris panjang bila nak beli. Walaupun pernah duduk 4 tahun kat Melaka, tak pernah sekali pun aku nak berbaris beli kuih ni. Tak sanggup weh! Suruh pakwe baris, pernah lah.

Apa kata kali ni kita cuba buat sendiri. Buat sekilo kat rumah, confirm puas makan. Boleh guna keledek oren, boleh jugak guna keledek putih. Untuk bahagian sira pulak. Korang nak guna gula Melaka boleh, gula putih pun boleh. 

Resepi kuih keria guna keledek oren dan sira gula putih ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norain Che Yop. Kena pandai adjust adunan kuih ni supaya tak lembik dan tak terlebih tepung. Keras pulak jadinya nanti.

RESEPI KUIH KERIA GUNA KELEDEK OREN DAN SIRA GULA PUTIH 

Lama giler tak makan kuih ni.  Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih keria guna keledek oren ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Keledek putih/ keledek oren + secubit garam
  • Tepung gandum (Agak-agak je jangan banyak sangat nanti keria keras)
  • Gula putih
  • Air

CARA PENYEDIAAN KUIH KERIA GUNA KELEDEK OREN DAN SIRA GULA PUTIH 

▶️ Rebus keledek dengan secubit garam sampai lembut dan tapis. Lenyek ubi ketika suam.

▶️ Kemudian, masukkan tepung gandum sikit demi sedikit jangan kurang tepung atau terlebih tepung ye kene sedang-sedang je asalkan adunan boleh digelang.

▶️ Kemudian, bulat dan lubangkan. Masa nak lubangkan tu celup jari dengan sedikit air baru senang bentuk.

▶️ Untuk sira pulak, masak gula dan sedikit air contoh (3sb gula 2sb air)

▶️ Masak sampai gula betul-betul pekat dan berbuih banyak seperti dalam video di Facebook. Tutup api baru masukkan kuih keria yang siap digoreng tadi.

▶️ Kacau rata hingga lah gula tadi bertukar putih (seperti dalam gambar) dan tersalut sepenuhnya pada keria. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Ayam Percik Kuning Ala Terengganu. Ringkas, Mudah Dan Tanpa Dua Kali Bakar!

 

Gula Melaka atau gula putih dua-dua pun sedap. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Cara nak buatnya lebih kurang sama je. Lepas ni, senang la korang nak makan kuih keria kan. Buat je sendiri kat rumah. Resepi kan dah ada. 

Kuih keria ni memang ramai penggemarnya. Tak bosan makan. Dapat kuih keria yang lembut lagi sedap. Kuih keria ni korang nak hidang time kenduri pun boleh ye. Confirm laju je habis nanti. Berebut nak makan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norain Che Yop kerana sudi berkongsi resepi kuih keria guna keledek oren dan sira gula putih ini di Facebook. Semoga perkongsian ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open