Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Masak Asam Yang Mudah Dan Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!
Tengah tidur pun dah mikir esok nak masak apa. Nasib la rajin godek Facebook. Jumpa pun resepi ikan masak asam ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Tak pernah lagi try masak menu ikan masak asam ni.
Mesti ramai yang minat menu ni kan. Selain mudah, masakan ni sangat laku bila bawak bekal pergi office. Kawan-kawan berebut nak try. Kalau ikan goreng makan semalam tak habis, korang masak la menu ni. Takde la bazir terbuang nanti.
Menu ni sesuai sangat dijadikan makan tengari dan makan malam. Layan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. Rasa masakan ni lebih kepada masam, manis dan pedas ye. Tak guna banyak bahan pun.
Resepi ikan masak asam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hajar Mohd. Nak guna apa saja jenis ikan pun boleh. Terpulang ikut cita rasa masing-masing. Nak sedap guna ikan kembung.
Pastikan ikan di goreng terlebih dahulu sebelum di masak dengan kuah asam. Kalau takde asam korang nak gantikan dengan cuka pun boleh. Tapi guna asam jawa lagi sedap banding dengan cuka. Rasa semula jadi.
RESEPI IKAN MASAK ASAM
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan masak asam ni. Step penyediaan jugak seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Halia
- Bawang putih
- Bawamg merah
- Cili hijau dan cili merah
- Asam jawa atau cuka
- Ikan kembung (digoreng)
- Air
- Minyak
- Tomato
- Timun (optional)
CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK ASAM :
▶️ Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang, halia dan cili. Kalau tak tahan pedas jangan letak cili atau boleh letak cili yang tak di potong.
▶️ Bahan dah garing bau wangi. Masukkan biji benih sawi.
▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa. Kalau suka masam boleh letak banyak.
▶️ Masukkan air. Ikut banyak kuah yang korang nak.
▶️ Perasakan dengan garam dan perasa. Nak tambah gula sikit pun boleh.
▶️ Seterusnya, masukkan ikan goreng.
▶️ Masukkan tomato. Kalau ada timun pun sedap.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Tuna Croissant Sandwich Yang Ranggup Dan Berongga. Sedap Makan Panas-Panas!
Lagi terendam lama ikan ni dalam kuah lagi ummphh rasa dia. Asam dan halia tu akan resap pada isi ikan dan kurangkan bau hanyir ikan kembung tu nanti.
Rasa manis, masin, masam dan pedas dah lengkap dalam hidangan ni. Tak rugi korang cuba kat rumah. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hajar Mohd kerana sudi berkongsi resepi ikan masak asam yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!