Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mudah Mee Udang Kaw! Kuah Sedap Dan Wajib Cuba.
Perkongsian kali ini adalah khas untuk pencinta mee kuning. Sebab hari ni, saya nak share resepi istimewa iaitu Resepi Mee Udang Kaw! Siapa yang cuba buat resepi ni confirm akan suka.
Kalau sebelum ni ada mee kuning, biasanya buat mee goreng, mee kuah, mee rebus, mee kari. Tapi kali ini sedikit berbeza sebab perkongsian resepi daripada Tuan Muhammad Hanafiah ni buat kita nampak berselera sangat!
Resepi mee udang kaw ni, korang boleh simpan dulu dan buat bila berkelapangan. Nak jadikan sebagai bahan jualan juga boleh gunakan resepi ini.
Tapi jangan lupa ucapkan terima kasih kepada pemilik resepi ini iaitu Tuan Hanafiah yang sudi kongsikan resepi yang sedap dan marvellous ni.
Apa yang paling menarik, sebab setiap bahan yang digunakan, lengkap beliau nyatakan supaya mudah untuk kita follow dan dapat hasil yang sama seperti yang beliau kongsikan.
RESEPI MEE UDANG KAW
Kalau di kedai, untuk satu mangkuk mungkin mencecah harga RM8 hingga RM10. B=itu juga bergantung kepada saiz udang dan berapa ekor udang yang kita mahukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Udang
- Udang kering
- Tomato ( kisar)
- Cili kisar bersama bawang kisar ( anggaran dalam 2 senduk)
- 1-2 sudu Sos cili
- 1 sudu Taucu
- Bunga kobis
- Pucuk jagung
- Daging
- Ui keledek
- Tauhu
- 1 inci halia
- Cili merah besar
- Mee kuning
- Lobak merah
CARA PENYEDIAAN MEE UDANG KAW :
▶ Petama sekali, kupas keledek dan rebus sampai empuk tau. Bila dah empuk, kisar sampai hancur lumat.
▶ Kemudian, panaskan minyak dalam periuk.
▶ Tumiskan cili dan bawang kisar sehingga pecah minyak. Biasanya memang dah buat stok cili dan bawang kisar ni.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili dan taucu. Kacau sekata.
▶ Tuang ubi keledek yang sudah dikisar ke dalam periuk. Masak sekejap.
▶ Kisar juga tomato, udang kering dan cili merah besar. Kisar sampai halus dan masukkan ke dalam periuk yang sama. Masak sampai pecah minyak.
▶ Seterusnya, masukkan daging. Kalau boleh masuk lebih awal adalah sebaiknya supaya daging kita lembut dan mudah dimakan.
▶ Biarkan daging dan kuah masak sebati. Daging dah betul-betul lembut, baru masukkan sayur-sayur kita yang lain.
▶ Masukkan bunga kubis, tauhu, lobak merah dan juga putih jagung. Kacau dan biarkan kush mendidih.
▶ Kemudian, masukkan udang kita yang sudah dicuci bersih.
▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
▶ Untuk mee, celur sekejap dengan air panas dan hidangkan dengan kuah udang yang sudah siap dimasak.
BACA JUGA: Cara Buat Kek Batik Original. Gunakan 4 Bahan Je Hasil Dia Memang Padu!
Penggunaan daging dalam kuah ni adalah untuk bagi kuha kita jadi extra manis dengan air daging yang keluar. Memang marvellous dalh rasa dia, kuah dia tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
Mee udang kaw ni, hidangkan dengan bahan-bahan tambahan yang lain seperti taugeh, daun sup, tauhu goreng, limau Kasturi dan juga telur rebus.
Dah siap, hidangkan untuk makan petang atau nak buat hidangan hari raya pun tiada masalah. Yang mana alergi dengan udang kering, boleh gantikan dengan ikan bilis atau tak masukkan pun tak apa. saya ucapkan selamat mencuba buat semua. Semoga bermanfaat!