Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Sardin Yang Simple Dan Sedap. Perah Limau Nipis Untuk Rasa Lebih Padu!
Nak buat kelainan sikit hari ni. Sebelum ni aku masak sardin tin tumis macam tu je. Kali ni nak try resepi sambal sardin ni pulak. Nampak menarik! Confirm bertambah nasi dibuatnya nanti. Peminat sardin tin wajib cuba resepi ni.
Siapa pernah try masak lauk ni? Mesti korang dah fall in love kan. Makan dengan nasi putih panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Sesuai buat hidangan makan malam dan makan tengahari. Masak sambal sardin ni mudah, cepat dan sedap!
Sambal sardin ni memang pedas ye. Boleh adjust tahap kepedasan ikut citarasa masing-masing. Resepi ni guna cili api dan cili merah besar. Korang boleh adjust kuantiti cili api tu kalau tak tahan pedas. Buat cicah dengan lempeng pun sedap.
Resepi sambal sardin ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Linda Mohd. Makan sambal sardin ni dengan telur dadar pun dah cukup ye. Ramai giler yang share Resepi ni kat Facebook.
Korang nak guna apa jenis sardin pun boleh. Janji sardin bukan tuna. Kisar cili tu jangan halus sangat. Kisar kasar je. Boleh guna batu lesung. Tak pun lagi mudah kalau korang guna chopper. Katang bahu baq hang!
RESEPI SAMBAL SARDIN
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sambal sardin ni. Step memasak dan bahan yang diperlukan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sardin tin
Bahan kisar :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili api
- Cili merah besar
CARA PENYEDIAAN SAMBAL SARDIN :
▶️ Goreng sardin dulu dan ketepikan.
▶️ Lepas tu goreng kentang bagi layu.
▶️ Tumis bahan yang di kisar tadi bagi garing. Jangan garing sangat.
▶️ Time ni perasakan terus dengan garam gula and ajinamoto kalau pakai.
▶️ Sudah siap boleh dihidangkan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Boleh perah limau nipis untuk rasa lebih padu!
BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng Cina Ala Kedai Makan. Simple Dan Sedap, Anak-Anak Pun Suka!
Siap untuk dihidang dengan nasi putih panas-panas. Pastikan perah sikit limau kat sambal sardin tu baru makan. Rasa dia lagi sedap dan padu! Ikan sardin ni pun tak hanyir bila masak cara macam ni.
Resepi ni sesuai jugak untuk orang bujang yang banyak simpan stock sardin kat rumah. Mesti bosan masak sardin tumis macam biasa tu kan. Sekali sekala masak advance sikit macam ni apa salahnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Linda Mohd kerana sudi berkongsi resepi sambal sardin yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!