Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Udang Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Confirm Sedap!

0 318

Dapat cucur udang petang-petang macam ni syok juga kan. Layan pulan dengan sos pedas dan secaran kopi. Fuh! Bestnya. Korang nak resepi cucur udang yang sedap tak? Meh follow resepi dia kat sini.

Macam mana cara korang buat cucur udang? Aku pernah jumpa orang buat cucur udang guna senduk. Cantik terbentuk cucur udang tu. Tapi biasa kat rumah aku buat guna tangan je. So, bentuk dia tu dah bermacam-macam la kan.

Hari ni aku saja pegi Facebook cari resepi cucur udang yang menarik. Finally jumpa juga yang nampak sedap dari gambar. Apa lagi terus tengok, lengkap tak resepi ni. Ye, resepi yang Cik Puan Natasha Qalisya share ni lengkap dan mudah nak faham.

Biasanya cucur udang ni kita akan guna daun kucai kan. Haa, kat resepi ni korang nak tukar guna taugeh pun boleh. Ikut sayur yang korang suka makan la.

Resepi yang Cik Puan Natasha Qalisya ni memang menarik. Teksture cucur garing diluar dan lembut di dalam. Macam mana agaknya beliau buat ye. Jom kita tengok satu persatu. 

 

RESEPI CUCUR UDANG

Sebelum nak tahu step by step masak cucur udang ni. Meh kita bahagikan bahan kepada 2 bahagian dulu. So, lagi mudah kerja nak sedia cucur udang ni nanti.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :
Bahan no 1 :
  • 1/2kg tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 1sudu besar muripan
  • 1sudu kecik garam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk warnakan sahaja)
  • Air suam untuk bancuh tepung

 

Bahan no 2 :
  • Udang secukunya
  • Sayur kucai @ taugeh (ikut nak banyak mana)
  • Chili besar

CARA PENYEDIAAN CUCUR UDANG : 

▶️ Satukan bahan-bahan nombor 1

▶️ Tutup dengan plastic atau kain dan biarkan tepung tu rehat dalam setengh jam atau satu jam macam tu. Biarkan sampai tepung dah naik kembang 3 kali ganda.

▶️ Bancuhan tepung tu jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

▶️ Tepung dah naik kembang baru campur bahan-bahan nomber 2 kecuali udang. Udang tu ambil sekor-sekor goreng sekali dengan tepung tu.

▶️ Guna tangan je. Tak guna senduk pun untuk acuan nak goreng.

▶️ Goreng sampai cucur nampak kekuningan.

▶️ Angkat, tos dan siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Ketam Masak Kam Heong Yang Simple Dan Mudah. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

 

Sangat-sangat rugi kalau korang tak cuba resepi ni. Tak kisah la bentuk cucur tu macam mana pun. Yang penting sedap dań puas hati kita nak makan.

Sesetengah orang buat cucur udang tak buang kulit udang. Aku rekomen sangat korang buang separuh. Takde la stress termakan kulit udang nanti kan. And nak lagi best, buang terus kepala udang tu.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Natasha Qalisya kerana sudi berkongsi resepi cucur udang yang rangup di luar dan lembut di dalam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open