Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sambal Penyet Ketagih Yang Paling Padu. Confirm Bertambah Selera Nak Makan Nanti!

0 103

Siapa suka makan ayam penyet, mesti korang berasap telinga makan sambal ni kan. Yang buat ayam penyet ni sedap dah tentu-tentu sambalnya. Buat ketagih nak makan. Rasa pedas dia memang padu! Jom follow resepi sambal penyet ketagih ni kat sini.

Susah nak jumpa sambal ayam penyet yang tak sedap. Lagi-lagi bila orang indon yang buat. Sebelum ni ingatkan nak buat sambal ayam penyet ni susah. Rupanya mudah je. Yang penting korang tahan hati nak goreng sambal ni kat dapur sampai garing.

Confirm asyik bersin time masak nanti. Alang-alang nak buat sambal ayam penyet ni, apa kata korang buat banyak-banyak. Terus boleh simpan dalam dalam peti. Bila nak makan, ambil je sesudu dua masuk pinggan. Buat cicah ikan goreng pun sedap tau!

Resepi sambal penyet ketagih ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Cik Kikie. Ramai yang share resepi ni. Sekali dah cuba, pasti korang dah tak boleh tinggal. Setiap kali makan, nak kena ada jugak cicahan sambal ayam penyet ni.

Orang kata sambal ni tahan lama, sebab kita masak guna minyak yang banyak. Buat cicah cekodok atau pisang goreng pun sedap. Sambal ni boleh dikatakan sebagai pembuka selera time makan. Takde sambal, mood nak makan pun kelaut. Betul tak?

RESEPI SAMBAL PENYET KETAGIH  

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sambal penyet ketagih ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah. Lagi pedas, lagi padu!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 3 tangkai cili hidup (merah)
  • ½kg cili api kampung
  • 4 biji bawang besar (size sedang)
  • 4@5 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • ½ inci belacan (optional)
  • Ikan bilis segenggam (lebih kurang)
  • Minyak
  • Garam
  • Aji@perasa (optional)

CARA PENYEDIAAN SAMBAL PENYET KETAGIH : 

▶️ Semua bahan di atas di goreng sampai layu dan garing.

▶️ Kemudian, biarkan sekejap bagi dia sejuk dulu.

▶️ Boleh masuk dalam pengisar kering dan blend tanpa air. Kalau nak tumbuk pun boleh. Lagi sedap. Kisar@tumbuk jangan halus sangat ye.

▶️ Guna minyak yang sama, tumiskan balik sampai sedikit garing.

▶️ Perasakan denang garam dan aji@kiub ayam (kalau suka). Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Moist Je Texture Kek Coklat Ni!

 

Dalam sambal ni tak nak letak gula pun boleh. Sebab bawang dan tomato dah ada rasa manis-manis sedap. Tapi terpulang ikut selera masing-masing. Rugi sangat korang tak buat stock sambal penyet ni kat rumah. Ambil sambal ni buat rencah nasi goreng pun boleh.

Tak dinafikan sambal ayam penyet ni memang sedap dan boleh buat kita ketagih. Kalau beli nasi ayam penyet kat luar, selalu minta lebih tang sambal. Tu pun masih tak cukup. Makan sampai berasap teling dibuatnya. Muka pun merah sampai berpeluh.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Cik Kikie kerana sudi berkongsi resepi sambal penyet ketagih ini di Facebook. Boleh jadi pembuka selera time makan nanti. Semoga pekongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open