Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Daging Masak Merah. Resepi Ala Thai Yang Marvellous!
Siapa suka makan daging masak merah? Haa, kalau makan di kedai suka betul order nasi goreng daging merah tu kan. Inilah resepinya nak buat yang sedap, daging pun lembut tak liat.
Dulu, terfikir juga macam mana jadikan daging tu warna merah. Rupanya ada yang kongsikan gunakan pewarna sirap, ada yang share guna serbuk pewarna merah. Sama je, yang penting itulah sebab daing kita jadi merah.
Daging masak merah macam ni, makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi goreng pun layanz. Masakan ni, dia ala Thai sikit, sebab penggunaan daun limau purut tu buat dia rasa masam-masam sedap.
Seperti Cik Puan Zetty Azikin Abdullah ni, beliau kongsikan resepi versi yang biasa beliau masak di rumah. Sedap dan nampak menarik. Jadi, kalau kita yang baru nak belajar, boleh follow je step by step yang dikongsikan dekat bawah ni ya.
Setiap bahan yang digunakan boleh dikurangkan dan dilebihkan mengikut citarasa kita. Cuma apa yang saya share ni adalah kebiasaan yang dibuat oleh beliau.
RESEPI DAGING MASAK MERAH
Kebiasaannya masak merah macam ni, jarang untuk kita lihat yang gantikan dengan binatang lain seperti ayam, udang atau sotong. Hanya daging sahaja yang sesuai buat masa ini.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ kilogram daging ( rebus dan hiris nipis)
- 3 sudu makan cili kisar
- 6 ulas bawang putih ( diketuk)
- 8 biji cili padi
- 5 helai daun limau purut
- 1 biji bawang holland
- 1 batang lobak merah
- 1 biji lada benggala
- Bunga kubis
- Sayur kacang panjang
- Baby jagung
- 1 biji tomato
- 1 cawan air
- Serbuk perasa
- Gula
- Garam
- Sos tiram
- Sos cili
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH :
▶ Mula-mula sekali, basuh daging bersih dan rebus terlebih dahulu. Kemudian, Dah lembut dan empuk, rendamkan sekejap dengan pewarna merah. Anggaran dalam 5 minit macam tu
▶ Seterusnya hiris nipis. Ketepikan seketika.
▶ Panaskan minyak, dan tumis cili kisar. Tumis sampai garing dan naik minyak.
▶ Bila dah garing, masukkan bawang putih dan cili padi. Bawang putih boleh ketuk sampai hancur kasar. Kacau sekejap dalam 2- 3 minit.
▶ Seterusnya, masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika sampai sebati kuahnya.
▶ Masukkan sayur-sayuran yang kita suka. Sayur tu potong panjang seperti batang mancis.
BACA JUGA: Jemput-Jemput Nasi Lejen. Rangup Di Luar Tapi Lembut Di Dalam!
▶ Kacau dan terus masukkan air. Gaul lagi dan masak sampai sayur sedikit layu
▶ Kemudian, masukkan daging yang sudah dihiris nipis. Tuangkan sedikit pewarna merah. Biarkan seketika
▶ Akhir sekali, masukkan bawang holland, tomato dan bahan- bahan perasa. Garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sekejap dalam 2- 3 minit.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Daging masak merah dah siap! Sambil masak lauk ni, boleh terus masak nasi putih atau goreng nasi tau. Siap je lauk boleh terus makan panas-panas.
Senang je kan nak sediakan masakan ni. Jangan lupa kongsikan dulu dekat wall facebook supaya mudah nanti nak rujuk. Dan supaya ramai lagi yang boleh dapat manfaat daripada perkongsian kali ni.
Oleh itu, kepada yang nak cuba buat daging masak merah ni, boleh follow step by step resepi yang saya kongsikan ni ye. Selamat mencuba!