Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spaghetti Carbonara Tanpa Prego. Makan Dalam Cup Je Kan Senang Tu!
Nah, resepi spaghetti carbonara tanpa prego. Boleh makan dalam cup je. Cucuk sekali garfu untuk memudahkan orang nak makan. Cara ni sesuai untuk korang yang nak buat hidangan spaghetti carbonara untuk majlis-majlis.
Isi siap-siap dalam cup. So, senang orang nak makan nanti. Tak perlu nak guna mangkuk plastik atau pinggan plastik untuk makan spaghetti carbonara ni lagi. Idea yang sangat menarik dan mungkin berguna kepada perniaga-perniga.
Rasanya korang yang nak niaga spaghetti carbonara dah boleh consider jugak cara ni. Nak bagi anak-anak bawak pegi sekolah untuk jamuan pun sesuai. Paling best, resepi ni jimat dari kena guna sos prego carbonara.
Resepi spaghetti carbonara tanpa prego ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ruhilla Kamal. Resepi viral jugak sampai 4.4k share. Mesti semua teruja dengan idea hidang spaghetti guna cup ni kan.
Rasa spaghetti carbonara tanpa sos prego ni sedap ye. Lebih sedap rasanya dari kita guna sos prego. Rasa lemak berkrim. Nak cair atau pekat kuah tu terpulang ikut citarasa masing-masing. Bila buat sendiri tekstur kuah pun kita boleh adjust.
RESEPI SPAGHETTI CARBONARA TANPA PREGO
Tak sabar nak tahu cara dia kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan spaghetti carbonara tanpa prego ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 tin button mushroom (pilih yang dah siap slice)
- 1 kotak susu fresh milk 1L (apa-apa brand)
- 1 peket sosej (optional) – Nak masuk ayam/apa-apa pun boleh
- 2 keping cheese slice (kalau nak rasa lemak, boleh letak lebih)
- 1 sdk oregano
- 1 sdk parsley
- 1 sdb chicken stock maggi (jenis cecair)
- Garam
- Black pepper (agak-agak)
- ½ sdb tepung jagung dan tambah air (ikut kepekatan masing-masing)
CARA PENYEDIAAN SPAGHETTI CARBONARA TANPA PREGO :
▶️ Tumis bawang putih dengan minyak yang sikit sampai naik bau.
▶️ Masukkan sosej, mushroom, dan lain-lain kemudian kacau.
▶️ Masukkan susu segar, kacau dan tunggu sampai mendidih..
▶️ Masukkan cheese slice, oregano, parsley, garam, black pepper dan chicken stock.
▶️ Kacau dan rasa. Dah ok, last baru masuk air tepung jagung.
▶️ Kacau sekejap sampai mendidih dan tutup api. Dah siap!
BACA JUGA : Resepi Daun Kelor Masak Tumis Telur. Banyak Sangat Khasiat Sayur Ni Untuk Badan Kita!
Kalau korang nak rasa Melayu sikit, potongkan cili. So, rasa dia akan creamy & pedas. Sedap weh! Confirm tak cukup satu cup makan spaghetti carbonara ni. Nak buat majlis kat rumah, hidang spaghetti carbonara pun dah mudah kan.
Resepi ni memang best bagi aku. Cara dia tak jauh beza dengan kita guna sos prego. Cara ni sesuai sangat untuk hidangan majlis. Ikut sukatan ni korang boleh dapat 150 orang makan. Hidang terus dalam cup lagi mudah. Betul tak?
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ruhilla Kamal kerana sudi berkongsi resepi spaghetti carbonara tanpa prego ini di Facebook. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!