Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Air Asam Lemak Dengan Terung Bakar. Memang Kecur Liur Dibuatnya!
Penggemar terung bakar, ni dia resepi untuk korang. Makan terung bakar ni dengan ikan goreng je pun sedap weh. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Jom try resepi air asam lemak denggan terung bakar ni. Kecur air liur dibuatnya!
Ada yang suka tak makan air asam lemak ni? Air asam ni korang nak buat cicah ikan bakar pun sedap ye. Tak susah mana pun buatnya dan tak guna banyak bahan. Actually, air asam ni tak perlu nak masak pun. Korang hanya perlu bakar terung je nanti. Simple kan.
Kita akan guna santan mentah untuk buat air asam ni. Tapi kalau korang tak suka, korang nak panaskan kejap pun boleh. Mesti rasa tak biasa makan santan mentah kan. Panas kejap dalam periuk, lepas tu dah boleh buat air asam lemak.
Resepi air asam lemak dengan terung bakar ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurulhuda Radzi. Rasa dia boleh tahan sedap ye! Ada lemak manis santan, masam limau dan rasa pedas cili. Memang perfect la!
Baru ni je lawat adik kat pulapah air hitam. Katanya nak makan terung bakar. Plan nak jugak buat lauk ni. Tapi risau dekat dia. Nanti sakit perut pulak makan pedas-pedas. So, takpe la next time baru bagi dia rasa terung bakar versi macam ni.
RESEPI AIR ASAM LEMAK DENGAN TERUNG BAKAR
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Terung tu kalau beli yang kecik-kecik sikit lagi syok nak makan. Jom tengok bahan-bahan dan step memasak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 bji terung (dibakar dan kulit yang hangus dikopek)
Bahan untuk air asam lemak :
- Cili besar 3 biji*
- Cili padi 4 biji*
- Belacan*
- Garam
- Gula
- 1 bji limau kasturi @ limau nipis sebelah je (ambil perahan air limau)
- Bawang besar (dipotong & mayang)
- Cili padi 9 biji (dipotong)
- Santan 1 kotak kecil@santan fresh
*Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
CARA PENYEDIAAN AIR ASAM LEMAK DENGAN TERUNG BAKAR :
▶️ Pakai santan mentah kalau tak suka boleh panaskan sekejap.
▶️ Dalam satu bekas masukkan bahan tumbuk dan semua bahan-bahan lain dan gaul rata.
▶️ Masukkan terung bakar. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Tok Aji Serban Atau Pulut Sekaya Terengganu. Confirm Sedap Dan Mudah Nak Buat!
Dah siap pun air asam lemak dengan terung bakar kita. Bakar terung tu atas dapur je. Lepas tu belah dua. Seeloknya buang kulit yang hitam terbakar tu. Jangan bagi hitam semua pulak. Sebab kulit hitam tu pahit. Spoil mood nak makan nanti.
Selain dari terung, korang nak rebus jantung pisang pun boleh. Sedap dia tak boleh bawak bincang. Yang ada masalah perut sensetif, elok korang masak kejap santan ni bagi didih. Takde la sakit perut masa makan nanti. Tak susah pun!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurulhuda Radzi kerana sudi berkongsi resepi air asam lemak dengan terung bakar ini di Facebook. Jimat masa buat lauk ni. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!