Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Jemput-Jemput Nasi Lejen. Rangup Di Luar Tapi Lembut Di Dalam!

Cucur ikan bilis dengan nasi
0 28,339

Kalau setiap hari makan jemput- jemput nasi rangup macam ni pun tak apa. Cicah dengan sos cili baru ada rasa pedas-pedas dan crispy cucur ni. Isinya lembut je tapi luar krup krap bila dimakan.

Kalau biasa beli di kedai, kena makan laju-laju masa panas kalau nak rasa kerangupan jemput-jemput ni. Tapi bila dah sejuk, boleh jadi terlalu keras atau terlalu lembik. Seronok kan bila dapat makan jemput-jemput yang stay crispy je baik panas atau dah sejuk.

Sebenarnya ada Teknik dan rahsia macam mana nak buat jemput-jemput kita ni jadi rangup di luar, lembut di dalam. Sesuai nak makan untuk makan pagi atau minum petang dengan kopi o. Fuuh!!

Dalam perkongsian kali ni, Cik Puan Siti Norkamilia kongsikan cara nak buat jemput-jemput nasi yang rangup ni. Kalau ada nasi lebih tu jangan buang atau jangan pening fikir nak buat apa. Transform jadi jemput-jemput ni sekejap je habis licin.

Kalau tak ada kesempatan nak buat sekarang, boleh simpan dan sharekan dulu resepi ni untuk kegunaan akan datang. Jom follow resepi jemput-jemput rangup ni yang saya kongsikan ni.

 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT RANGUP

Nak buat jemput ni, bahan-bahan yang digunakan apa yang ada dekat dapur kita juga. Bahan asas yang diperlukan nasi dan tepung gandum.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 1 biji bawang besar ( hiris )
  • 2 biji ubi kentang ( hiris dan potong dadu)
  • Sejemput ikan bilis
  • Daun sup ( racik halus )
  • Garam secukup rasa
  • 3 senduk nasi
  • 3-4 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN JEMPUT-JEMPUT RANGUP :

▶ Mula-mula sekali, kisar nasi dengan air. Biar air melepasi paras nasi. Kemudian kisar sampai halus.

▶ Seterusnya, hiris semua bawang besar, kentang potong dadu, dan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk.

▶ Campurkan dengan bahan kisar. Gaul sekata.

▶ Kemudian, masukkan tepung dan air sikit demi sedikit. Gaul rata semua bahan-bahan sampai jadi macam adunan jemput-jemput yang biasa kita buat tu.

BACA JUGA: Cara Masak Kurma Ayam Express. Setengah Jam Je Sedia Dihidang!

▶ Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.

▶ Perasakan dengan garam. Dan jika nak kuning sedikit, boleh letakkan sedikit serbuk kunyit.

▶ Panaskan minyak, dan sudukan atau jemputkan adunan ke dalam kuali. Goreng sampai garing dan bertukar warna kekuningan.

▶ Dah masak, toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan!

Simple je kan nak buat jemput-jemput nasi ni. Bila resepi mudah, siapa pun jadi boleh buat dan confirm menjadi. Kalau ada yang suka kucai, boleh masukkan daun kucai dalam jemput-jemput kita.

Nak sediakan sebagai minum petang, jangan lupa hidangkan bersama sos cili atau sambal bilis pun sedap.

Jadi, saya nak ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera kepada korang semua yang nak cuba buat jemput-jemput rangup di luar dan lembut di dalam ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open