Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Masak Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Ikut Resepi Ni Memang Menjadi Sedap!

Ayam 3 budak gemuk
0 659

Ada yang hantu makan nasi 3 budak gemuk? Saya kalau boleh hari-hari nak makan. Kombinasi set nasi 3 budak gemuk ni memang ngam betul dengan ayam kicap 3 budak gemuk, sambal gesek dia dan juga penyediaan nasi juga penting.

Makan makanan set macam ni, nasi tak boleh terlalu kembang. Biarkan dia sedikit kerai, baru sedap dimakan dengan kuah kicap daripada ayam dan juga gaulkan dengan sambal gesek dia.

Ada yang tak suka pedas sangat, ambil sedikit je sambal dia. Tapi kalau saya, memang gaulka sambal dengan nasi. Hehe. Makan 3 budak gemuk, sambil berair mata baru rasa nikmat. Tapi kena berhati-hati supaya tidak merosakkan perut. (Jangan buat selalu tau!)

Resepi ayam kicap 3 budak gemok ni dikongsikan oleh Tuan Srezuan Nazlan Ismail melalui group Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI). Wah! Siapa kata wanita je pandai masuk dapur. Sekali lelaki masuk dapur, habis semua resepi dibuatnya.

Bagi yang suka makan nasi set 3 budak gemuk, kalau nak buat sendiri bila-bila boleh buat follow resepi ni. Simple dan mudah sangat rasanya.

 

RESEPI AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK

Lau kayak kicap 3 budak gemuk ni sesuai je dimakan oleh kanak-kanak sebab rasa dia tak pedas langsung. Jadi, senang dah untuk kita buat satu lauk dan masakan je tapi satu family boleh makan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • ½ ekor ayam (potong kecil )
  • Garam
  • Kunyit
  • 1-2 sudu Sos tiram
  • Kicap manis

 

BAHAN TUMBUK :
  • 3 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar ( bersaiz kecil)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 biji cengkih
  • 1 buah pelaga
  • 1 inci halia
  • 2-3 tangkai daun kari

CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP 3 BUDAK GEMUK :

▶ Mula-mula sekali, basuh ayam bersih dan potong kecil-kecil.

▶ Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. jangan sampai garing sangat. Risau keras.

▶ Tumbuk bahan tumbuk sehingga hancur kasar. Tidak lumat.

▶ Kemudian, keluarkan sedikit minyak. Tinggal sedikit sahaja. tumis bahan tumbuk dan masak sampai kekuningan dan bertukar warna keperangan.

▶ Bila dah naik bau, masukkan sos tiram dan kicap manis. Renjiskan dalam kuali ikut kita nak gelap mana.

▶ Masak sampai kuah sedikit mendidih, masukkan ayam yang digoreng awal tadi.

▶ Gaulkan dalam kuali sampai semuanya sekata. Biarkan sehingga sedikit kering.

▶ Perasakan jika perlu. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Mudah Buat Popia Stick. Sesuai Untuk Kudapan Atau Hidangan Raya!

 

Mudah sangat kan nak buat resepi ayam kicap 3 budak gemuk ni. Kalau ada yang nak belajar cara yang mudah, boleh ikut je cara ni. Simple dan rasa pun sedap. Anak-anak confirm suka.

Jika ada yang suka makan pedas, anak-anak tak makan lauk yang sama, boleh lebihkan cili padi supaya dapat rasa pedas pada ayam kicap 3 budak gemuk ni.

Saya harap perkongsian masak ayam kicap 3 budak gemuk ni, dapat berikan manfaat kepada korang semua. Sesekali nak buat lauk masakan macam kedai viral kan, apa salahnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open