Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kari Ikan Siakap Yang Marvellous. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Ikan siakap ni memang sedap di masak 3 rasa. Dan ramai penggemarnya. Tapi untuk hari ni kita nak try pulak resepi kari ikan siakap homemade. Confirm licin pinggan dibuatnya. Dapat pulak ikan fresh. Manis je isinya.
Disebabkan tengok cerita melayu semalam, aku teringin nak makan kari ikan siakap. Tak pernah cuba. Tapi nampak orang makan kat Tv semalam terliur pulak rasanya. Apa lagi terus aku cari resepi kat Facebook.
Tak kan nak order kari ikan siakap kat luar kan. Nak masak sendiri pun tak susah. Jarang jumpa orang makan kari ikan siakap kat kedai makan. Biasa order siakap 3 rasa je. Follow je resepi ni confirm menjadi!
Resepi masak kari ikan siakap ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mastura Razali. Agak banyak menggunakan bahan. Tapi tak letak banyak rempah, mesti kurang padu rasa kari kita ni kan.
Kuah kari ikan ni korang nak makan dengan roti paratha pun sedap ye. Dah macam layan roti canai kat kedai mamak. Orang kata kari ni kalau simpan semalaman lagi sedap. Panaskan je semula. Tapi kena masak elok santan tu nanti. Kalau tak cepat basi.
RESEPI KARI IKAN SIAKAP
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan kari ikan siakap ni. Asingkan bahan seperti dibawah untuk lagi mudah nak masak nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ikan siakap
Bahan kisar :
- 4@5 ulas bwg merah
- 1 ulas bwg putih
- Sehiris lengkuas
- Sehiris halia
- 2 hiris serai
- 1sk rempah campuran ketumbar & jintan manis
Bahan tumis :
- 1sb halba campur
- Rempah 3 sekawan
- Daun kari
Bahan rempah :
- 2sb serbuk kari ikan
- 1sb serbuk cili
- Sedikit serbuk kunyit
Bahan sampingan :
- Santan
- Gula melaka/nisey
- Garam
- Bendi
- Terung
- Cili hijau
- Tomato
CARA PENYEDIAAN KARI IKAN SIAKAP :
▶️ Mula-mula campur rempah kari ikan + serbuk cili + serbuk kunyit. Bancuh dengan sedikit air dan jadikan pes.
▶️ Tumis 3 sekawan dengan daun kari. Lepastu masukkan halba campur. Dah naik bau masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing.
▶️ Kemudian, masukkan pes campuran serbuk kari tadi bersama setengah biji tomato. Masak sampai garing dan pecah minyak. Guna api perlahan je.
▶️ Masukkan sedikit air & gula melaka atau nisey.
▶️ Dah pecah minyak macam ni masukkan pulak ikan dan sedikit garam.
▶️ Letak santan, bila kuah dah mendidih boleh letak sayur-sayuran.
▶️ Nak tambah garam, gula, aji terpulang ikut selera masing-masing. Sesuaikan rasa.
▶️ Dah sedap boleh tutup api dan hidang. Siap dan sedia untuk di santap!
BACA JUGA : Resepi Cek Mek Molek Yang Simple Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!
Masak kari ni korang kena campur sayur. Contoh sayur yang sesuai bendi dan terung. So, masak satu lauk je korang dah boleh makan sayur dan ikan. Perfect ye. Tak payah nak masak sayur asing lagi lepas ni.
Pekat likat tekstur kuah kari kita. Korang yang suka makan kari ikan kena cuba resepi ni. Memang sedap ye. Bertambah nasi la dibuatnya. Confirm makan sampai menjilat jari.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mastura Razali kerana sudi berkongsi resepi kari ikan siakap yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!