Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Vietnamese Roll Homemade. Sangat Simple Dan Mudah Dibuat!

0 151

Siapa sini suka makan vietnamese roll? Kita memang geng. Menu ni sesuai sangat untuk korang yang nak diet. Jom follow resepi vietnamese roll homemade ni kat sini. Tak payah order kat luar lagi lepas ni.

Aku ni suka makan udang tapi kena cuci bersih sebelum makan. Sebab aku ada alergik. So, aku lagi prefer buat sendiri vietnamese roll ni kat rumah. Boleh basuh bersih udang sebelum nak buat vietnamese roll.

Vietnamese roll ni dibuat tanpa menggunakan minyak. Semua lauk yang ada dalam paper rice tu fresh dan hanya perlu di rebus sahaja. Makan vietnamese roll ni dengan sos cili Thai confirm bertambah dibuatnya.

Dulu aku tak berkenan nak makan vietnamese roll ni. Mungkin sebab sos dia kurang sedap bagi aku. Finally, jumpa jugak resepi vietnamese roll yang menarik perhatian aku. Sos dia pun nampak sedap.

Resepi vietnamese roll ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noor Liyana. Ramai tau yang share resepi ni. Sampai hari ni dah 3.1k share kat Facebook. Jom cuba kat rumah.

RESEPI VIETNAMESE ROLL HOMEMADE

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan vietnamese roll ni. Confirm puas hati. Step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Vietnam rice paper

Bahan untuk roll : 
  • Carrot
  • Timun
  • Daun salad
  • Daun ketumbar
  • Daun kucai (Optional)
  • Su un@ so on (Rebus sekejap dan toskan)
  • Udang (direbus)
  • Isi ketam@ crab filamen stick (direbus)

Bahan untuk sos : 
  • Sos pencicah Thai
  • Daun ketumbar (dicincang)
  • Cili padi (dicincang)
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN VIETNAMESE ROLL :

▶️ Satukan semua bahan cincang bersama sos.

▶️ Celupkan rice paper dalam air sekejap. Lepas tu letak atas pinggan untuk isi bahan-bahan lain.

▶️ Mula-mula letak salad. Diikuti dengan suhun, timun dan isi/filet ketam. Kemudian, gulung 2 kali.

▶️ Susun udang, gulung lagi sampai hujung. Siap!

▶️ Hidangkan & makan dengan sos Thai.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Tembikai Yang Cantik Untuk Majlis. Sedap Makan Puding Ni Sejuk-Sejuk!

 

Vietnamese roll ni boleh dijadikan hidangan minum petang atau makan malam. Siapa yang nak diet boleh la try buat vietnamese roll ni. Roll nya sihat. Tapi sos je tak berapa nak sihat. Sebab ada gula didalamnya.

Balance kan rasa. Kalau tawar tak sedap pulak kan. Sos vietnamese roll ni kena balance semua rasa manis dan pedas. Baru syok nak makan nanti. Nak gulung pun senang. Nak prepare bahan je agak renyah sedikit.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noor Liyana kerana sudi berkongsi resepi vietnamese roll homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!
Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open