Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cek Mek Molek Yang Simple Dan Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!
Resepi cek mek molek guys! Kuih ni asalnya guna bahan simple je. Hanya perlu guna ubi keledek dan tepung gandum sahaja. Tapi bila selalu buat dalam kuantiti yang banyak, mula la terpikir macam mana nak olah untuk kekalkan rasa dan bentuk kuih ni.
Balik kampung ni banyak pulak stok ubi keledek kat dapur. Mak aku suka buat kentang frozen untuk cucu dia. Buat sendiri je katanya. Beli kat luar, tak tahu bahan apa yang di campur untuk buat kentang goreng tu. Tak bagi cucu dia makan bukan-bukan ye.
Memandangkan dah ada ubi keledek kat dapur, aku terus plan nak buat kuih cek mek molek ni dengan adik aku. Memang lembut dan manis didalam. Lagi best makan kuih ni kat rumah dari beli kat luar. Boleh layan panas-panas.
Resepi cek mek molek ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Hasni Azura. Nampak ramai jugak yang share resepi ni. Mesti semua penggemar cek mek molek kan.
Cek mek molek ni menggunakan ubi keledek biasa. Tapi kalau korang nak ubah guna ubi keledek ungu pun boleh je. Bentuknya juga boleh dipelbagaikan. Nak lagi mudah, buat bentuk bulat je.
RESEPI CEK MEK MOLEK
Orang kata bentuk tu tak penting pun. Yang penting rasa dia. Kalau bentuk cantik tapi rasa biasa-biasa. Mesti takde yang nak makan jugak kan. Jom kita tengok bahan-bahan dan step penyediaannya kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1kg ubi keledek (rebus dan lenyek bersama 1 sudu marjerin)
Bahan B :
- 200g tepung gandum
- 10g baking powder
Bahan C :
- Gula
CARA PENYEDIAAN CEK MEK MOLEK :
▶️ Sebatikan bahan B. Kemudian, campurkan dengan bahan A.
▶️ Uli sehingga menjadi doh. Bulat-bulatkan anggaran dalam 30-40g sebiji.
▶️ Kemudian, letak sikit bahan C dan bentukkan menjadi cek mek.
▶️ Goreng dalam minyak masak yang panas.
▶️ Api jangan terlalu kecik nanti hancur. Siap!
BACA JUGA : Resepi Salted Egg Crab Homemade. Confirm Sedap Sampai Menjilat Jari!
Dah siap pun cek mek molek kita! Boleh dihidang untuk sarapan pagi dan minum petang. Buat kuih ni tak boleh terlalu nipis. Nanti pecah dan keluar gula kat bahagian dalam tu.
Sesetengah orang tak suka letak banyak sangat gula dalam kuih ni. Just nice sahaja. Sebab bila banyak sangat, tekak ni rasa loya makan manis gula. So, letak la sekadar yang ada.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hasni Azura kerana sudi berkongsi resepi cek mek molek yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!