Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Lopez Versi Ketupat Nona Yang Sedap. Simple Dan Cepat Je Siap!

0 83

Wow! Baru tau kuih lopez atau kuih lopes boleh buat guna ketupat instant. Lagi senang! Jom follow resepi kuih lopez versi ketupat Nona ni. Simple dan cepat. Tak payah nak kukus bagai. Kita rebus je. 

Nama kuih ni omputih sangat! Tapi kuih ni merupakan kuih tradisional melayu yang ramai penggemarnya. Rebus je ketupat dengan daun pandan dan di salut pulak dengan kelapa parut fresh. 

Kuih ni sesuai sangat dijadikan minum petang keluarga. Boleh juga dijadikan hidangan majlis kenduri kendara. Kuih ni kena makan dengan sos gula melaka ye. Curah gula melaka di atasnya sebelum dimakan. 

Resepi kuih looez guna ketupat instant ni telah dikongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Nurul Natasya Tasya. Ramai giler yang share resepi ni. Mesti semua penggemar kuih lopez kan. 

Lepas ni senang la korang nak buat kuih lopez ni kat rumah. Jarang jumpa kuih ni orang jual kat luar. Mungkin sebab leceh sikit nak bungkus. Kena asingkan sos gula Melaka dengan kuih. 

 

RESEPI KUIH LOPEZ VERSI KETUPAT NONA

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih lopez ni. Step penyediaanya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ketupat Nona perisa asli
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan
  • 2 liter air
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu teh garam
  • Kelapa parut (dikukus)
  • Gula melaka

CARA PENYEDIAAN KUIH LOPEZ VERSI KETUPAT NONA : 

▶️ Rendam sekejap ketupat Nona dalam 15-20 minit untuk cepatkan proses merebus dan tambah perwarna hijau.

▶️ Ni kejadian semasa rebus. Letak 2 liter air dan santan 1 kotak kecil.

▶️ Tambah 1 sudu teh garam, perwarna hijau dan daun pandan.

▶️ Dalam pack tu pun dah disediakan santan serbuk. Tapi lagi elok guna santan segar.

▶️ Selepas 40-45 minit. Tos dan sejukkan ketupat.

▶️ Dah sejuk baru la potong dan salut kelapa parut yang dah dikukus.

▶️ Masak gula melaka hingga pekat. Sejukkan dan tapis.

▶️ Tada! Dah siap pun kuih lopez kita.

 

BACA JUGA : Resepi Masak Kari Ikan Siakap Yang Marvellous. Bertambah Nasi Dibuatnya!

 

Simple je kan nak buat kuih lopez ni. Tak payah susah-susah kukus dan masak pulut dalam daun pisang lagi. Leceh! Versi guna ketupat Nona ni kan ada. Kita follow je cara mudah. Yang penting kuih lopez kita tetap sedap. 

Dalam pack ketupat tu dah ada santan. Tapi rasa dia lain sikit. Bau pun wangi. Tak syok nak guna untuk masak kuih lopez ni. So, rekomen sangat korang guna santan segar. Baru lah sedap kuih lopez kita. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Natasya Tasya. Kerana sudi berkongsi resepi kuih lopez versi ketupat Nona ni di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open