Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Koleksi Resepi Apam Yang Sedap Dan Gebu. Mudah Jer Guna Sukatan Cawan!

0 9,978

‍‍‍‍‍‍Sebelum ni biasa makan dan dengar apam kampung, apam nasi, apam gula merah je kan.‍‍‍ Ada banyak jenis apam sebenarnya yang ada. Kalau dulu orang -orang kampung memang suka buat kuih apam ni.

Nak buat apam ni memang mudah, ada yang boleh buat dengan hanya 3 bahan sahaja tau. Tapi, kalau nak buat beberapa perisa lain, adalah bahan tambahan yang kita perlu gunakan.

Jom try buat apam yang pelbagai warna ni.. Mesti anak² suka!

 

APAM JAGUNG

Apam jagung ni bila dah buat rasa diaa sedap jugak! Nak lagi sedap kena extra sikit jagung tin dia tu. memang padu!

Apam jagung ni tak perlu makan dengan kelapa dah. Sebab rasa jagung dia dah sedap dengan apam yang cukup segala rasa.

RESEI APAM JAGUNG

👉👉 Bahan² yang digunakan

* ½ cawan jagung tin

* ¾ cawan gula

* ½ cawan santan pekat

* 1 biji telur

* 2 sudu kecik yis

* 3 sudu air suam

* 1 ½ cawan tepung gandum

* 1 sudu kecil baking powder

 

CARA PENYEDIAAN APAM JAGUNG :

✔️Aktifkan  yis terlebih dahulu. Masukkan 2 sudu kecil yis, 1 sudu kecil gula dan 3 sudu besar air suam. Gaul sehingga sebati dan rehatkan 10 minit

✔️Blend ¾  cawan gula dan ½  cawan santan terlebih dahulu.

✔️Kemudian  campur ½ cawan jagung, dan 1 biji telur ke dalam blender dan blend sekali lagi.

✔️Ayak 1 ½  cawan tepung gandum dan 1 sudu kecik baking powder.

✔️Campurkan yis yang kita rehat kan tadi dengan tepung dan bahan² yang dah blend. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Jika  warna adunan tak cukup kuning boleh masukkan pewarna.

✔️Kemudian rehatkan adunan apam selama 3 jam – 4 jam.

✔️Last sekali masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 15 – 25 minit menggunakan api besar.

APAM MEKAR

Disebabkan bentuk apam ni seperti bunga yang mekar lah dinamakan sebagai apam mekar. Dengan kombinasi warna yang digunakan seolah menampakkan kuih apam mekar ni cantik dan menarik untuk dimakan.

Apam mekar ni uniknya bahan yang digunakan adalah menggunakan ais krim soda. Jadi rasa apam ini juga sangat sedap bila siap dikukus nanti. Makan waktu panas, apam ini memang lembut.

RESEPI APAM MEKAR

Bahan bahan yang diperlukan adalah :

* 1 biji telur

* 1 cawan tepung gandum

* ½  cawan gula pasir

* 1/3 cawan air aiskrim soda

* 1  sudu kecil esen vanila

* 1 sudu kecil ovalette

* Pewarna makanan kesukaan

 

CARA PENYEDIAANNYA APAM MEKAR :

✔️ Masukkan gula, telur, Ovelete dan esen vanila dalam mangkuk

✔️ Putar sehingga kembang dan bertukar warna

✔️ Masukkan ais krim soda dan tepung gandum secara bergilir². Selang seli sehingga habis sukatan.

✔️ Keluarkan 4 sudu adunan. 2 sudu setiap bekas. Ini untuk hiasan. Masukkan dalam piping beg.

✔️ Warnakan mengikut kesukaan.

✔️ Macam saya, saya gunakan warna pink dan hiasan hijau dan putih

✔️ Masukkan adunan pink, dalam paper cup. Hiaskan dengan 2 adunan warna tadi.

✔️ Kukus selama 8-10 minit.

APAM GULA HANGUS

Wah! Apam gula hangus ni serious sangat lembut. Tapi hati-hati tau. Bila nak buat apam gula hangus ni, kadang-kadang hasilnya memang bertukar jadi macam-macam rupa.

Disebabkan bahan adunan dia mengembar elok semasa kukus, jadi masukkan adunan dalam kukus tu jangan terlampu banyak ye.

RESEPI APAM GULA HANGUS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

* 1 ½ tepung gandum

* 1 cawan gula

* 1 cawan air

* ½ cawan minyak

* 2 biji telur

* 2 sudu besar susu pekat

* 2 sudu besar planta

* 1 sudu teh soda bikabonat

* Secubit garam

 

CARA PENYEDIAAN APAM GULA HANGUS :

✔️Cairkan gula

✔️Masukkan 1 cawan air dan secubit garam

✔️Blend 2 biji telur, minyak, planta, susu pekat dan soda bikabonat.

✔️Masukkan gula hangus  dan blend sehingga sebati

✔️Masukkan  1 ½  tepung gandum dan blend sekali lagi.

✔️Oles acuan dengan minyak

✔️Masukkan dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit

Sedia dihidang untuk minum petang.. 😍 😍

BACA JUGA: Set Nasi Ala Restoren Yang Menjadi Kegemaran Ramai Orang. Buat Sendiri Lebih Berbaloi Dan Banyak!

APAM INTI KACANG MERAH

Siapa yang gemarkan inti kacang merah, pasti akan suka dengan apam ini. Apam inti kacang merah ni rasanya memang sedap jika dimakan ketika masih dalam keadaan suam.

Inti kacang merah yang digunakan tu boleh sahaja digantikan dengan inti lain mengikut kesukaan kita dan ahli keluarga.

RESEPI APAM INTI KACANG MERAH

Bahan² yang digunakan adalah :

  • 1 sudu kecil yis
  • ¼ cawan air suam
  • ½ sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • ¾ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung beras
  • 1/8 cawan gula
  • ½ cawan air
  • Inti kacang
  • Pewarna

 

CARA PENYEDIAAN APAM INTI KACANG MERAH :

✔️ Bancuh gula dengan air suam sehingga larut.. Kemudian campur yis.

✔️Masukkan tepung gandum, tepung beras, gula dan ½ cawan air dalam bekas. Kacau sehingga adunan sebati

✔️Bila dah sebati masukkan bancuhan yis tadi. Kacau sekali lagi sehingga adunan sekata dan tidak berketul.

✔️Perap adunan selama 40 minit – 1 jam sehingga adunan naik.

✔️ Bila adunan dah naik, bahagikan beberapa bekas

✔️Boleh masukkan pewarna dan kacau sehingga warna sebati.

✔️Kemudian oles acuan dengan minyak.

✔️Buat bulat² inti kacang dan masukkan dalam acuan.

✔️Seterusnya sudukan adunan dalam acuan. (Masukkan ½  acuan sahaja)

✔️Kukus selama 20-25 minit.

✔️Apam inti kacang dah siap untuk dihidangkan 😍😍

APAM NASI

Apam lejen ni memang menjadi kegemaran ramai orang. Nak makan sahaja pun sedap, makan dengan kelapa parut pun sedap.

Jom saya kongsikan macam mana resepi nak buat apam nasi ni. Gunakan nasi sejuk je.

RESEPI APAM NASI

 Bahan-bahan yang digunakan adalah :

* 1 cawan nasi sejuk

* ¾ cawan gula halus

* 1¼ air suam

(Blend semua bahan sampai hancur dan gebu)

* 1 cawan tepung gandum

* 1 cawan tepung beras

* 1 sudu besar yis

* sedikit garam

 

CARA PENYEDIAAN APAM NASI :

✔️ Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis dalam 1 mangkuk yang besar. Kacau sebati.

✔️ Masukkan bahan yang kita blend tadi.

✔️  Tabur sedikit garam

✔️ Perap adunan. Minima selama 1 jam

✔️ Lepas perap, kaupkan adunan untuk keluarkan angin-angin sikit. Dan warna kan mengikut warna yang korang suka. Kalau tak nak warna kan pun tak apa

✔️ Oleskan acuan atau loyang. Dan masukkan bahan adunan kita tadi.

✔️ Kukus sehingga masak. Anggaran dalam 15 – 20 minit sekiranya guna acuan kecik. Kalau loyang anggaran dalam 30-50 minit.

Siap untuk dihidang! Gebu, dan sedaap. 😍 😍

APAM KAMPUNG

Sedappnya dapat makan Apam Kampung ni. Selain daripada apam nasi, apam kampung ni pun antara yang jadi kegemaran orang ramai kan. Bukan apa, rasa yang sedap dan bahan-bahan mudah nak dapat.

Kalau yang belum pernah buat sendiri kuih-kuih apam ni, boleh masukkan apam kampung ni dalam list ye.

RESEPI APAM KAMPUNG

 Bahan-bahan yang digunakan adalah :

* 1½ cawan tepung gandum

* ¾ cawan gula merah

* ¾ cawan air

* ½ peket yis

 

CARA PENYEDIAAN APAM KAMPUNG :

✔️ Masukkan air ke dalam bekas.

✔️ Masukkan gula merah. Kacau sehingga larut

✔️ Masukkan tepung gandum dan yis.. Gaul rata sehingga tepung semua teradun.

✔️ Jika terlalu padat, tambah sedikit air sehingga dapat bancuhan yang lembut.

✔️ Perap selama 2 jam

✔️ Lepas 2 jam, cek adunan dan kaup-kaupkan seketika.

✔️ Oleskan loyang dengan minyak. Tuang adunan.

✔️ Pastikan periuk kukus dah panas dan masukkan adunan.

✔️ Kukus selama 30 minit. Dan hasilnyaa diaaa woooww.. Cantikk

 

Seronok kan, bila kita dah tahu banyak resepi apam ni. Kalau selama ni kita hanya rajin membeli je, boleh lah lepas ni buat sendiri.

Apam ni sejenis makanan yang kita sesuai nak makan masa pagi atau petang. Hidangkan pula dengan teh o panas. Kepada yang baru nak belajar cara buat apam, bolehlah save dulu posting ni dan sharekan di facebook ye.

Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open