Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tepung Bungkus Ikut Resepi Lejen Dari Kampung. Lembut Dan Sedap Walaupun Sejuk!

Tepung bungkus
0 785

Nak belajar cara buat tepung bungkus macam dekat kampung zaman dulu-dulu? Rasa dia memang sedap, lembut dan berlemak je tau. Sekarang ni ramai yang dah pandai buat, tapi setiap kali rasa pasti berbeza-beza.

Sebenarnya nak buat tepung bungkus ni tak ada rahsia atau tip pun yang berbeza. Cara masaknya pun sama. Tapi bila datangnya dari air tangan orang lama, pasti rasanya sedikit berbeza.

Bagi yang rindu nak makan tepung bumgkus ni, dan nak cuba buat sendiri untuk hidangkan kepada family, boleh cuba ikut resepi Cik Puan Asmaak Razali ni. Memang ada ramai yang kongsikan, Cuma resepi yang ini lengkap siap dengan intinya sekali.

Nak dekat bulan Ramadhan ni, lagi lah terasa sedap nak makan kuih tepung bungkus ni kan. Makan waktu masih suam, memang sedap dan marvellous. Bila dah sejuk pun kuih tepung bungkus ni masih lagi lembut tau.

Share dulu resepi ini kalau tak sempat nak buat sekarang atau belum berkesempatan. Nanti bila berkelapangan, bolehlah buat ikut resepi yang saya kongsikan ni. Simple, tapi sedap!

 

RESEPI TEPUNG BUNGKUS LEJEN

Tahu tak, sekarang ni mengikut peredaran zaman, ada yang mula menjual tepung bungkus tapi dalam bekas. Tidak lagi dibungkus dengan daun pisang seperti dulu-dulu. Sedih sikit rasa bila makanan lejen kita diinovasikan sedemikian.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 bungkus tepung beras ( siam )
  • 10 cawan air
  • 24 sudu gula
  • 2 sudu garam
  • 1 kg santan

CARA PENYEDIAAN BAHAGIAN TEPUNG :

▶ Satukan 5 cawan air, gula, garam dan juga santan ke dalam kuali. Kacau sampai mendidih dan gula larut.

▶ Kemudian, bancuh 5 cawan air lagi dengan tepung beras tadi. kacau sebati.

▶ Seterusnya, masukkan adunan tepung ke dalam kuali. Kacau sampai semuanya sebati dan kelihatan berkilat. Kene kerap gaul supaya tidak hangit.

▶ Dah siap bahagian tepungnya, jom kita buat intinya pula.

BAHAGIAN INTI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 5 biji kelapa
  • 1 kg gula melaka
  • ½ sudu makan
  • ½ kg gula
  • 2 sudu debu pulut
  • Daun pandan
  • 1 sudu tepung beras

 

CARA PENYEDIAAN INTI KELAPA :

▶ Untuk buat inti ni mudah je. Didihkan air dan masukkan kelapa. Kacau sampai kelapa masak.

▶ Kemudian, masukkan gula melaka, gula putih dan juga daun pandan.

▶ Bancuh tepung pulut dengan sedikit air dan masukkan ke dalam adunan kelapa.

▶ Masak sampai inti sedikit kering

▶ Bulat-bulatkan inti dan gaulkan dengan debu pulut.

Bila inti dah siap bolehlah balutkan dan buat tepung bungkus dengan sempurna. Caranya :

▶ Ambil daun pisang. Letakkan 1 sudu tepung ke atas daun pisang.

▶Letak 2 biji inti yang dibulat-bulatkan tadi.

▶ Tuang 1 sudu lagi adunan tepung.

▶ Bungkus dengan kemas, lipat kiri dan kanan serta atas dan bawah.

▶Susun dalam periuk pengukus.

▶ Panaskan pengukus, didihkan air. Bila dah mendidih, masukkan tepung bungkus tadi dan kuku sselama 20 hingga 25 minit.

▶Biarkan sejuk seketika, dan boleh dimakan.

 

BACA JUGA: Cara Masak Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Ikut Resepi Ni Memang Menjadi Sedap!

 

Seronok kan, dapat makan tepung bungkus ni. Bagi yang suka memang heaven lah rasa dapat makan banyak-banyak tepung bungkus ni. Terutama mak ayah kita. Buat untuk breakfast memang sesuai sangat.

Resepi yang saya kongsikan ni adunan dia banyak tau. Sesuai untuk buat jualan ataupun utnuk buat kenduri atau majlis-majlis. Sekiranya nak buat untuk makan sendiri boleh kurangkan sedikit kuantiti bahan yang digunakan.

Saya harapkan, perkongsian tepung bungkus ni boleh membantu korang semua menghasilkan tepung bungkus yang sedap dan lembut berlemak. Jika ada yang nak jadikan jualan sebagai sumber pendapatan juga dibolehkan. Saya ucapkan selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open