Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Daging Campur Hati Goreng Padu! Simple Je Tapi Serious Sedap!
Ada yang suka makan lauk hati lembu? Kalau suka wajib cuba buat masakan daging campur hati lembu goreng ni. Confirm korang akan teruja walaupun pertama kali rasa.
Ada orang tak makan hati lembu, tapi makan hati ayam sahaja. Betul, rasa memang tak sama. Jadi untuk peminat hati lembu wajib cuba buat masakan ni tau. Follow je resepi yang saya kongsikan ni.
Respei yang dikongsikan oleh Cik Puan Fyza ni, asalnya beliau belajar dengan mak saudara. Balik rumah, adjust sikit -sikit maka terhasilkan masakan daging goreng campur hati lembu goreng ni.
Walaupun tengok gambar yang dikongsikan pun dah boleh tahu kesedapan maasakan ni. Dan nak makan lauk ni, tak payah makan dengan lauk lain. Cukup dengan nasi panas sahaja pun boleh bertambah dibuatnya.
Alang-alang ke pasar beli barang basah tu, bolehlah beli sedikit hati lembu kalau nak cuba. Nak lebih sedap, memang wajib tambah dengan daging biasa tau. Tapi kalau nak buat hati sahaja pun boleh. Terpulang kepada kita.
RESEPI DAGING CAMPUR HATI LEMBU GORENG
Kalau sebelum ni, makan daging goreng kunyit je paling simple pun. Tapi kali niada extra perasa dan extra bahan kita guna. Jom saya kongsikan step by step dia.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ kilo daging
- ½ kilo hati lembu
- Serbuk kunyit
- 2 biji bawang besar
- Cili padi ( ikut suka nak banyak mana)
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu Pati ayam ( serbuk pati ayam pun boleh)
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN DAGING CAMPUR HATI LEMBU GORENG :
▶ Mula-mula sekali, potong kecil-kecil daging dan juga hati lembu. Gaulkan dnegan serbuk kunyit, sos tiram dan juga sedikit gula.
▶ Masukkan air dan biarkan sampai masak.
▶ Masukkan juga pati ayam sebagai tambahan perasa.
▶ Rebus sampai airnya kering. Sampailah daging dan hati kita masak sempurna.
BACA JUGA: Cara Buat Bihun Goreng Koboi. Tip Hasilkan Bihun Goreng Sedap Guna Ikan Bilis!
▶ Hiris cili padi dan bawang besar sebagai hiasan. Kacau sampai layu
▶ Rasa dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidang!
Waah! Mudah je nak buat masakan daging dan hati lembu goreng ni. Tak sabar pulak rasanya nak cuba buat dan rasa. Time nak makan dengan nasi panas tu, renjiskan sedikit kicap. Lagi power!
Kalau ada mak ayah di rumah kita, boleh cuba buat masakan ni. Biasanya mereka akan suka masakan simple-simple macam ni. InsyaAllah mesti bertambah makannya. Selamat mencuba!