Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bihun Goreng Koboi. Tip Hasilkan Bihun Goreng Sedap Guna Ikan Bilis!

Bihun goreng koboi
0 14,579

Kalau diberi pilihan selain daripada nasi, saya lebih suka makan bihun goreng. Lebih-lebih lagi bihun goreng koboi macam ni. Lagi simple lagi sedap!  Dah nama koboi, memang campak apa yang ada je lah kan.

Biasa orang buat bihun goreng ni untuk makan pagi je kan. Tapi kalau dekat rumah ni, dari pagi sampai ke malam makan bihun goreng je pun tak apa. Sebab semua suka makan bihun goreng ni, siap bertambah-tambah!

Nak buat bihun koboi ni pun kena lah buat yang sedap supaya ada rasa dan menarik untuk dimakan. Tip dia adalah menggunakan ikan bilis sebagai bahan perasa utama. Memang ngam lah rasa dia.

Perkongsian daripada Cik Puan Hana A Razak ni antara yang saya suka sangat follow. Bukan hanya senang tau, tapi rasa dia memang marvellous. Boleh save dulu kalau tak dapat buat sekarang.

Seronok bila tahu nak buat resepi yang simple macam ni, boleh je nak buat mee goreng, kuey teaw atau nasi goreng guna cara yang sama.

 

RESEPI BIHUN GORENG KOBOI

Walaupun bihun ni bihun koboi, tapi get ready lah kene serang dengan anak-anak. Bila dah siap masak tu, tabur pula telur dadar yang dipotong halus je di atasnya.Terbaik!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2/3 paket bihun
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 3 sudu cili kisar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur
  • ½ batang lobak merah
  • Kicap
  • Garam
  • Air

CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG KOBOI :

▶ Mula-mula sekali, basuh bersih ikan bilis dan tumbuk separuh hancur

▶ Kemudian panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Kalau tak ada ikan bilis boleh gantikan dengan udang kering

▶ Seterusnya, hiris nipis bawang merah dan  bawang putih. Masukkan dalam kuali bila ikan bilis dah garing. Tumis sampai bawang layu.

▶ Bila bawang dah layu, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Jika tak extra pedas, boleh lebihkan cili kering atau masukkan cili padi.

▶ Sambal dah pecah minyak, renjiskan sedikit kicap. Pastikan bihun kita sedang direndam tau. Saya rendam dengan air biasa je, bukan air panas.

▶ Lobak merah tu, basuh dan potong Panjang seperti batang mancis. Masukkan dalam kuali dan biarkan lembut sedikit.

▶ Kemudian, masukkan air. Aid ni banyak sikit pun tak apa sebab nak lembutkan bihun sekali.

▶ Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Kacau telur sampai hancur.

▶ Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika ada.

▶ Seterusnya, masukkan bihun. Kacau sampai bihun sekata dengan bahan tumis kita tadi.

BACA JUGA: Cara Buat Gulai Ikan Tongkol. Hidangan Wajib Nasi Berlauk Kelantan

▶ Sentiasa kacau supaya bihun kita lembut sekata. Jika suka kering, boleh biarkan sedikit lama dalam kuali dengan api yang perlahan. Sesekali dua je kacau dalam kuali.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kepada yang nak kurangkan makan nasi, boleh cuba makan bihun goreng macam ni. Sedap dan mengenyangkan. Tak lah kosong sangat kan walaupun koboi. Untuk masukkan sayur lain seperti sawi atau kobis juga boleh.

Nak lagi sedap, makan bihun goreng ni dengan sambal kicap. Tak silap saya ada negeri yang sediakan bihun goreng dengan kicap macam ni. Ada juga yang makan dengan kuah laksa. Macam-macam version ada tapi jika suka versi simple tapi marvellous, follow resepi yang saya kongsikan ni je.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open