Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Masak Ketam Sambal Pecah Telur Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!
Bila dah dapat isi ketam yang padat, memang sedap dibuat masak lemak dan masak kari kan. Confirm bertambah-tambah nasi dibuatnya! Kali ni, kalau jumpa ketam yang isinya padat kita buat pula ketam sambal pecah telur. Memang sedap sangat bila di makan dengan nasi putih panas-panas.
Lauk ketam sambal pecah telur ni sedap juga di makan dengan roti. Tak kurang sedapnya! Rasa manis ketam yang fresh akan turun pada telur yang dipecahkan. Tak percaya? Kena cuba masak dulu, barulah tahu. Tak cuba mana nak tahu kan. Orang kata sekali korang cuba, confirm nak lagi.
Masak ketam sambal pecah telur ni sebenarnya tak susah mana pun nak buat. Dan kebanyakkannya bahan memasak yang digunakan merupkan bahan yang dah sedia kat dapur. Senang la korang nak masak nanti. Kadang-kadang kesian juga kat orang yang tak boleh makan ketam ni. Hilang rasa nikmat makan.
Tak semua orang boleh makan ketam. Sebab ketam juga antara kategori seafood yang boleh buat orang alergik atau gatal-gatak pada kulit. Kalau tersilap makan boleh mask hospital ye. Korang memang kena hati-hati. Kalau nak makan make sure korang takde alergik atau korang dah makan ubat alergik siak-siap.
Resepi sambal ketam pecah telur ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Ateekah. Mesti ramai yang kenal dengan beliau kan. Kat wall Facebook miliknya di banjiri dengan macam-macam resepi ye. Dan sudah pasti ramai yang suka. Resepi ni pun dah viral 6.9k tau!
RESEPI KETAM SAMBAL PECAH TELUR
So, tak nak buang masa lagi. Mesti ramai yang dah tak sabar nak try buat ketam sambal pecah telur ni kat rumah kan. Wajib beli ketam fresh tau! Barulah syok nak makan nanti. Licin pinggan dibuatnya! Jom masak-masak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 kilo ketam (dicuci bersih)
- 10 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 Biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2 cm halia (dicincang)
- 7-9 sudu besar cili kisar
- 2 helai daun limau purut
- 1 batang serai dikatok
- 1 Biji tomato (dipotong dadu)
- 4 butir telur ayam
- Sos cili 2 sudu besar
- Sos tomato 2 sudu besar
- Sos ikan 1 sudu besar
- Sos tiram 2 besar
- 1 kiub ayam
- 1 sudu kecil serbuk belacan (jika suka)
- Daun bawang (jika suka)
- Garam 1 sudu kecil
- Gula 2 sudu besar (jika suka)
- Minyak masak secukupnya
- 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN KETAM SAMBAL PECAH TELUR :
▶️ Panaskan minyak dan masukkan serai. Biarkan aromanya naik dahulu.
▶️ Masukkan halia dan bawang putih. Masak sehingga sedikit keperangan.
▶️ Masukkan bawang dan masak seketika.
▶️ Masukkan cili kisar, daun limau purut dan tumis sehingga pecah minyak.
▶️ Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub ayam, tomato dan biarkan ianyanya masak seketika.
▶️ Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaul rata.
▶️ Masukkan ketam dan 1 cawan air. Biarkan ketamnya masak dengan sempurna. Guna api sederhana. Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi,biarkan je nanti air ketam akan keluar sendiri.
▶️ Bila dah masak, masukkan telur dan pecahkan di dalam kuali. Gual rata sehingga telur masak.
▶️ Tutup api dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Dim Sum Filet Ketam Yang Paling Sedap. Makan Dengan Sos Cili Thai Lagi Sedap!
Senang ke, susah? Mudah je ka cara nak buat lauk ni. Sesuai sangat dijadikan lauk makan malam dan tengahari. Kalau ada majlis makan-makan besar dengan keluarga, korang boleh hidang lauk ketam sambal ni. Mesti laju je habis. Takde lagi makan pakai sudu time tu, semua dah guna tangan je.
Seperti yang kita tahu, Cik Puan Nurul Ateekah ni seorang yang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Semua resepinya mendapat perhatian ramai dan sedap-sedap belaka. Mudah di faham, sebab resepi yang beliau share di tulis lengkap untuk memudahkan kita semua mencubanya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ketam sambal pecah telur ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Makan besarlah korang nanti kan. Dapat lauk sesedap ini. Selamat mencuba semua!