Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Tart Telur Atau Tart Coklat Melting Guna Kuali. Inti Lembut Dan Crust Crunchy!

0 1,309

Ada penggemar tart telur kat sini? Ha! Ada surprise untuk anda. Dimana hari ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi tart telur atau tart coklat melting guna kuali. Fillingnya sangat lembut dan crustnya pula agak crunchy.

Mesti antara kita dah biasa makan tart telur kan. Tapi bukannya tart coklat. Mungkin ramai antara kita yang tak pernah pun mencuba resepi ini. Atau mungkin juga ada antara kita yang tak tahu akan kewujudan tart coklat macam ni.

Tart biasanya akan dibuat menggunakan acuan ataupun menggunakan paper cup khas untuk tart. Tapi jika kedua-dua bahan ini tiada, itu bukanlah satu halangan untuk kita tidak mencubanya dirumah.

Acuan boleh digantikkan menggunakan kauli ataupun loyang. Bahagian tepinya akan ditekan menggunakan garfu dan boleh dibakar atas dapur dan juga oven. Sangat mudah dibuat tanpa perlu menggunakan acuan dan oven.

Disebabkan ramai yang mungkin belum tahu cara penyediaan tart telur dan tart coklat melting guna kuali ni, apa kata kita follow resepinya yang dikongsikan oleh Cik Puan Raja Amanina ini. Mudah dan pastinya sedap!

 

RESEPI TART TELUR ATAU TART COKLAT MELTING

Adunan doh tart shell juga mudah dibuat. Yang mana tart shell ini cuma menggunakan 4 jenis bahan sahaja. Dicampur semua bahan dałam bekas dan diuli sehingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan. Jom kita cuba resepi ni!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk tart shell :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1 biji telur
  • Secubit garam

 

Bahan untuk filling/ inti (Telur) :
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil Esen vanila
  • Secubit garam
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit pewarna kuning

 

Bahan untuk filling/ inti (Coklat) :
  • 1 1/2cawan susucair
  • 3 biji kuning telur
  • 3 sudu besar Serbuk koko
  • 5 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil esen coklat/ esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN TART TELUR ATAU TART COKLAT MELTING :
Cara penyediaan tart shell :

▶️ Gaul tepung gandum, marjerin dan garam sehingga rata.

▶️ Masukkan telur uli hingga menjadi doh.

▶️ Bentukkan doh seperti tart shell ikut permukaan kuali. Biar agak berlekuk bahagian tengah untuk isi filling.

▶️ Tekan atau tekap bahagian tepi tart shell menggunakan garfu.

▶️ Kulit tart taknperlu bakar dulu, bila dah tuang filling baru bakar.

Cara penyediaan filling/ inti (Telur) :

▶️ Kacau sebati atau blend semua bahan filling/ inti.

▶️ Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.

Cara penyediaan filling/ inti (Coklat) :

▶️ Kacau sebati atau blend semua bahan.

▶️ Tapiskan dan tuang ke dalam tart shell.

 

Cara bakar Tart telur atau tart coklat :

▶️ Bakar pada suhu 170C api atas bawah selama 40 minit.

▶️ Kalau bakar guna dapur gas, gunakan api kecil sahaja dan bakar 30-40 minit. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.

▶️ Bila inti dah keras atau pejal, maksudnya tart dah masak. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Kerutuk Telur Original Kelantan. Kuah Pekat Dan Tak Terkata Sedapnya!

 

Siap untuk kedua-dua jenis tart telur dan tart coklat. Kalau nak buat salah satu pun boleh ye. Tapi, sudah pasti anak-anak kita lebih suka pada tart coklat melting ni. Walaupun menggunakan kuali, tekstur tart juga tetap kelihatan cantik.

Yang membezakannya adalah saiz tart yang menggunakan acuan tart dan kuali. Saiz tart yang menggunakan kuali lebih besar dan lebih sesuai untuk dipotong-potong dan dihidang secara slice seperti kek.

Lepas ni semua penggemar tart tak perlu risau lagi. Takde acuan, takde oven kita masih boleh buat tart macam kat bakery. Semoga resepi tart telur atau tart coklat melting guna kuali ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open