Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bebola Bergedil Ayam Ala-Ala Tauhu Bergedil. Sedap Makan Macam Tu Je!

0 3,799

Siapa dekat sini suka makan tauhu bergedil? Alaa yang ramai orang duk jual dekat facebook, Instagram semua tu. Resepi yang lebih kurang sama, tapi tak menggunakan tauhu, iaitu bebola bergedil ayam.

Jangan pandang rendah tau pada bergedil macam ni. Tak payah makan dengan nasi, dapat makan macam tu je pun 5 minit boleh habis licin.

Kalau nak buat bebola bergedil ayam ni, kena buat banyak-banyak. Buat sikit memang berbeut lah cerita dia. Jadi, sediakan bahan extra supaya boleh makan dengan puas.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Har Reea ni seriously simple dan semua wajib cuba untuk yang mana suka makan bergedil tu. Selama ni nak buat tauhu bergedil memang tak rajin sangat disebabkan banyak benda nak kena siapkan. Kemudian masukkan balik dalam tauhu.

Bak kata orang kedah, renyah! Tapi nak buat ala-ala sama bezanya tak masukkan dalam tauhu, maka terhasil lah bebola bergedil ayam ni. Makan time masih panas suam lagi sedap!

 

RESEPI BEBOLA BERGEDIL AYAM

Nak buat bebola ni untuk makan dengan soto pun sedap. Jadi bila buat sekali je macam ni, buat banyak-banyak dan frozenkan. Bila nak makan, ada je dalam peti boleh defrost dan sedia dihidangkan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 6-7 biji ubi kentang ( potong dadu)
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Daging / Ayam Kisar
  • Hirisan Daun Sup
  • Lada Merah
  • Bawang merah
  • 3 Biji telur
  • Bawang goreng

CARA PENYEDIAAN BEBOLA BERGEDIL AYAM :

▶ Mula-mula sekali, rebus kentang sehingga empuk. Lenyekkan sehingga hancur kesemuanya.

▶ Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Telur gunakan 1 biji sahaja. Gaul semua bahan sampai sebati. Gaul supaya bahan sekata je untuk setiap bebola yang akan kita buat.

▶ Bulat-bulatkan jadi bebola kecil. Saiz terpulang kepada kita nak besar mana.

▶ Lepas dah bulatkan, simpan dalam peti sejuk sekejap lebih kurang dalam ½ jam sebelum ia digoreng.

▶ Pecahkan 2 biji telur tadi, kocak seperti nak buat telur dadar.

▶ Panaskan minyak, celupkan bergedil dalam telur dan goreng dalam minyak panas.

▶ Golek-golekkan sehingga masak sempurna. Warna dah berukar keperangan, boleh angkat dan toskan.

BACA JUGA: Cara Buat Daging Campur Hati Goreng Padu! Simple Je Tapi Serious Sedap!

Simple je kan nak buat bebola bergedil ni. Kalau nak buat petak atau segitiga menggunakan acuan pun boleh. Nak buat bentuk karipap juga boleh. Saje nak menarik perhatian anak-anak kan.

Bila bebola bergedil ni dah siap, bolehlah bahagikan kepada anak-anak supaya tak berebut. Lagi banyak isi ayam digunakan lagi sedap. Cukup semua ada protein ada karbo dan ada serat dalam satu hidangan.

Selamat mencuba untuk semua yang baru nak try buat bebola bergedil ayam ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open