Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Bakar Harimau Menangis Yang Paling Sedap! Berbaloi Sangat Buat Sendiri!

0 6,729

Nak makan lauk daging? Jom masak resepi daging bakar harimau menangis. Rasanya hampir sama dengan resepi mak lofa punya harimau menangis tu. Cuma diolah sedikit ikut pencipta resepi ni. Sedap sangat dan berbaloi buat sendiri.

Harimau menangis adalah bahagian daging yang mempunyai tekstur lembut dan juicy. Harganya juga agak mahal. Harimau menangis biasanya dimasak cara bakar atau grill. Diperapkan dengan bahan perapan sebelum dibakar.

Resepi ini pernah viral di media sosial. Ramai sangat yang mencubanya. Sanggup beli walaupun mahal. Ramai peniaga yang berpusu-pusu menjualnya. Rasa puas bila makan daging yang lembut dan juicy macam ni.

Kecur liur tengok gambar yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah di laman Facebooknya. Kalau tak dapat bahagaian daging harimau menangis, boleh gantikan dengan batang pinang. Teksturnya juga lembut dan mudah dimasak.

Nak perap daging harimau menangis ni tak perlu guna bahan yang banyak pun. Yang penting ada lada hitam, madu, kicap lemak manis dan juga sos tiram. Daging ni akan jadi lagi sedap bila dimakan bersama sos Thai nya.

 

RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS

Rasa tak sabar nak cuba kan. Nak masak daging bakar harimau menangis tak syok makan ramai-ramai. Banyak saingan tak cukup pula nanti. Gurau je! Jom kita lihat satu persatu bahan perapan dan bahan sos Thai yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk perap daging :
  • Lada hitam
  • Daging (hiris nipis dan senipis yang boleh)
  • 3 sudu Kicap manis
  • 3 sudu Kicap lemak/manis
  • 5 sudu Sos tiram
  • Madu (suku botol)

Bahan untuk sos :
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Limau/ lemon (airnya sahaja)
  • Cili (Optional)
  • Gula
  • Sos Thai (Maepranom brand/ Maggi brand)
  • Bawang putih (didadu halus)

CARA PENYEDIAAN DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS : 
Cara penyediaa sos Thai : 

▶️ Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Tuangkan sos dan kacau semua bahan. Siap sos Thai!

Cara penyediaan daging bakar : 

▶️ Daging akan dihiris nipis-nipis dan lada hitam pula ditumbuk sampai hancur.

▶️ Maukkan kesemua bahan perapan tadi kedalam bekas daging. Gaul rata.

▶️ Kemudian, masukkan dalam peti dan perap. Lagi lama diperap lagi sedap!

▶️ Bakar daging atas pan non stick sampai air daging kering.

▶️ Bila kering macam ni, maksudnya daging dah masak.

▶️ Siap untuk dihidang bersama sos Thai!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Pisang 5 Minit Yang Sangat Moist Dan Tak Muak. Hanya Guna Sukatan Cawan Je!

 

Wow! Ala-ala daging BBQ. Kalau ada plan nak makan daging, pastiran daging diperap semalam. Lagi lama diperap daging tu lagi sedap hasilnya. Perap waktu malam dan masukkan dalam peti. Esok nak masak keluarkan je dan goreng.

Mudahkan nak buat daging bakar ni. Bakar atas non stick pan je. Pastikan sampai daging kering ye. Untuk daging cepat masak dan lembut, pastikan juga daging dihiris senipis yang mungkin.

Nak mudah hiris, boleh hiris masa beku tu. Kalau dah lembik sangat mungkin agak susah bagi kita nak hiris dalam keadaan licin. Semoga resepi daging bakar harimau menangis ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open