Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Getas Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Sangat Untuk Minum Petang!
Tengok je kuih getas ni terus teringin nak makan. Sedap weh kuih ni. Kuih orang dulu-dulu yang jarang kita jumpa orang jual kat luar. Kalau nak makan, kena la buat sendiri kat rumah. Jom follow resepi kuih getas kat sini.
Sesetengah orang panggil kuih getas ni ketas, ada jugak yang panggil gegatas. Apa pun namanya kuih ni memang sedap di makan panas-panas. Boleh makan kosong, boleh jugak di makan dengan salutan sira.
Buat adunan dulu, nak makan nanti baru goreng. Kuih getas ni di masak menggunakan tepung pulut, tepung gandum dan ada campuran kelapa parut di dalamnya. Lepas digoreng di salut pulak dengan sira gula.
Resepi kuih getas ini telah di kongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Hamizah Yatim. Sesuai sangat dijadikan menu minum petang sekeluarga. Korang nak makan untuk breakfast pun boleh.
Dah lama rasanya tak makan kuih ni. Dah duduk jauh dari kampung susah pulak nak jumpa orang jual kuih ni. Rata-rata tempat tak jual. So, nak tak nak kalau tekak nak makan, kena la buat sendiri kat rumah.
RESEPI KUIH GETAS
Agak-agak kenapa kuih ni di panggil sebagai kuih getas? Adakah di sebabkan teksturnya? Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan kuih getas yang sedap ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sebiji kelapa parut*
- Nasi 1 cwn (blend dengan sedikit air*)
- 500g tepung pulut*
- 1/2 cwn tepung gandum*
- 1st garam*
- Sedikit air
- Gula
- Sedikit minyak
Bahan untuk sira :
- 1/2 cwn gula
- 5sm air
CARA PENYEDIAAN KUIH GETAS :
▶️ Satukan semua bahan bertanda *.
▶️ Masukkan air sedikit-sedikit dulu sampai adunan tak melekat kat tangan.
▶️ Ambil sedikit minyak dan lumurkan pada tapak tangan untuk elakkan adunan melekat.
▶️ Ambil adunan sebesar bola pingpong dan leperkan. Jangan terlalu nipis dan agak-agak je.
▶️ Buat sampai habis.
▶️ Panaskan minyak. Masukan adunan yang dah dileperkan tadi.
▶️ Api jangan besar, sederhana sahaja. Goreng sampai kekuningan atau garing.
Cara penyediaan sira :
▶️ Masak gula dan air sampai berbuih-buih kecik. Guna api kecil sahaja.
▶️ Boleh masukkan kuih getas tadi dan gaul sebati. Kena cepat-cepat gaul untuk bagi sekata.
▶️ Siap dan boleh dihidang!
BACA JUGA : Resepi Tomyam Pekat Ala Restoran Thai. Confirm Sedap Dan Bertambah Nasi Dibuatnya!
Sira gula kuih ni kena pandai adjust. Tak boleh terlebih salut sira. Sebab bila kuih ni terlebih gula, teksturnya akan berubah jadi lebih keras dari yang biasa. Kalau nak ganti dan gaul dengan gula castor pun boleh.
Tak susah mana pun kan buat kuih getas ni. Ikut sukatan yang betul baru elok kejadian kuih getas kita ni. Sesuai sangat buat time hujung minggu macam ni. Try la buat nanti. Makan kuih ni panas-panas memang sedap ye.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hamizah Yatim kerana sudi berkongsi resepi kuih getas yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!