Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Tauhu Telur Secara Homemade. Resepi Simple Dan Mudah Guna 3 Bahan Je!

Tauhu jepun sedap
0 1,256

Ada yang suka makan tauhu jepun atau nama lain dia adalah tauhu telur? Banyak juga masakan yang boleh kita buat dengan tauhu telur ni. Biasanya lauk yang dimasak menggunakan tauhu telur atau tauhu jepun ni anak-anak mesti akan suka.

Rasa yang sedap, teksture yang lembut, memudahkan untuk anak-anak makan dengan nasi. Kalau hidangkan lauk tauhu telur atau tauhu jepun ni, anak-anak memang jarang tak habis. Siap bertambah lagi tau.

Ada juga yang suka makan tauhu telur ni dengan gorengkan sahaja. Dengan cara begitu pun rasa dia sedap seperti makan tauhu lembut yang lain.

Antara masakan yang boleh kita buat dengan tauhu telur ni adalah sup, masak kicap, buat masak sambal, atau nak makan dengan sizzling pun marvellous! Nanti boleh cuba buat ikut selera tekak kita ye.

Resepi nak buat tauhu telur homemade ni adalah perkongsian daripada Cik Puan Nooramin Munirah Asgnari. Nampak mudah sebab hanya  menggunakan 3 bahan sahaja tau untuk hasilkan tauhu telur yang sedap dan lembut.

 

RESEPI TAUHU TELUR

Kalau beli di pasaraya, memang ada banyak jenama yang boleh kita pilih untuk tauhu telur ni. Tapi untuk lebih terjamin, lebih sihat dan lebih sedap. Apakata, kita cuba buat sendiri dengan follow resepi yang saya kongsikan ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5 biji telur
  • 2 sudu tepung jagung
  • 150 ml air soya

CARA PENYEDIAAN TAUHU JEPUN  ATAU TAUHU TELUR :

▶ Sediakan semua bahan dan satukan ke dalam pengisar.

▶ Kisar secara perlahan asalkan semua adunan sebati.

▶ Tapis bahan tersebut ke dalam bekas lain untuk elakkan ada bendasing di dalam adunan.

▶ Sementara tu panaskan periuk pengukus dan didihkan air.

▶ Tuang adunan ke dalam acuan untuk dikukus.

▶ Kukus selama 25 minit sehingga masak.

▶ Bila dah sejuk sedikit, baru keluarkan dari acuan.

▶ Bolehlah masak ikut kesukaan masing-masing.

▶ Untuk goreng, panaskan kuali, dan minyak untuk menggoreng.

▶ Pecahkan telur dan celup tauhu di dalamnya.

▶ Dan goreng sehingga garing.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Tepung Bungkus Ikut Resepi Lejen Dari Kampung. Lembut Dan Sedap Walaupun Sejuk!

 

Mudahkan nak buat tauhu telur ni. Semudah ABC je dengan semua bahan yang digunakan mudah je nak dapat. Jika nak buat banyak boleh gandakan kuantiti bahan ikut kesukaan kita.

Bagi yang punya anak-anak, memang sangat sesuai untuk buat masakan menggunakan tauhu telur ni. So, boleh juga buat stok banyak-banyak simpankan dalam peti. Bila nak guna, sahaja, tinggal goreng dan hidangkan.

Saya harap perkongsian resepi buat Tauhu Telur atau Tauhu Jepun secara homemade ni boleh membantu korang semua hasilkan rasa isi lembut yang sedap. Saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open