Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Peria Goreng Crispy Yang Simple Dan Sedap. Peria Kurang Pahit Dan Tahan Lama!

0 124

Siapa pernah try resepi peria goreng crispy? Meh, follow resepi dia kat sini. Kalau ikut cara yang betul, mesti korang boleh buat peria goreng yang betul-betul rangup dan kurang pahit. Peria goreng ni kalau makan boleh ketagih ye. 

Dulu-dulu selalu beli dan letak kat meja study. So, bila ngantuk je terus kunyah kerepek peria goreng ni. Memang boleh hilang ngantuk ye. Dapat pulak peria goreng crispy jenis spicy tu. Fuhh, nak study sampai habis sebalang pun boleh. 

Actually, kalau rajin boleh je kita buat peria goreng ni kat rumah. Cuma nak rajin atau malas buat je jawapannya. Nak buat peria goreng ni jugak ada tips untuk dapatkan peria yang garing dan kurang pahit. Korang kena tengok resepi ni sampai habis. 

Resepi peria goreng crispy ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sheena Supramaniam. Ramai yang share resepi nak kat Fecabook. Hampir 3.6k share. Tengok dari gambar pun kita dah terbayang rasa enak peria goreng ni. 

Make sure korang potong nipis peria. Cuci dan rendam dalam air garam. Kemudian, bilas lagi sekali. Rasa pahit kat sayur ni terus kurang bila dilawankan dengan garam. Korang try la nanti. Guna tips yang sama bila korang nak tumis sayur peria. 

 

RESEPI PERIA GORENG CRISPY 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang di perlukan dalam penyediaan peria goreng crispy ni. Kalau nak buat banyak, gandakan je sukatan. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan A : 
  • 1½ sk serbuk kunyit
  • 1½ sb serbuk cili
  • 2sk serbuk lada putih
  • 1½sb jintan manis tumbuk kasar

 

Bahan B : 
  • 2sb tepung jagung
  • 2sb tepung beras

CARA PENYEDIAAN PERIA GORENG CRISPY : 

▶️ Peria katak potong nipis-nipis. Cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Kemudian, bilas sekali lagi.

▶️ Masukkan garam dan kacau sebati.

▶️ Kacau sebati bahan A.

▶️ Biarkan selama 30 minit.

▶️ Kemudian, kacau sebati bahan B.

▶️ Ready untuk digoreng.

▶️ Minyak kena banyak ye. Set api kecil dan tunggu minyak betul-betul panas.

▶️ Apabila minyak dah betul-betul panas. Naikkan ke api sederhana atau sederhana besar.

▶️ Boleh mula menggoreng. Ikut tips baru boleh dapat peria betul-betul crispy dan tahan lama. Macam ni.

▶️ Siap! Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas kedap udara. Rangup sampai ke malam. Suam-suam pun tak boleh nanti lemau.

 

BACA JUGA : Resepi Daging Goreng Thai Style. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Lagi Sedap!

 

Rangup ye peria ni! Tunggu sejuk dulu baru masukkan dalam bekas kedap udara. Rangup sampai ke malam. Suam-suam pun tak boleh jugak masuk dalam bekas. Nanti lemau. Simpan peria ni dalam bekas kalau nak tahan lama.

Dulu orang tak pandang sangat makan peria ni. Sayur pahit. Tapi lepas tahu peria ni boleh buat kerepek, terus ramai yang suka. Peria goreng crispy pernah viral dulu tau. Laku keras siapa yang jual kerepek ni dulu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sheena Supramaniam kerana sudi berkongsi resepi peria goreng crispy ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open