Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Goreng Thai Style. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Lagi Sedap!
Hari-hari duk pikir nak masak apa. Dalam peti ada daging. Rasa macam nak try resepi daging goreng Thai style la. Malas nak makan nasi. Nak makan daging cicah sos macam tu je. Mesti sedap kan.
Macam tu la mak-mak. Setiap hari nak mikir masak lauk apa. Bangun pagi kena pikir nak buat sarapan apa. Tengahari pulak pikir lagi nak masak lauk apa. Macam tu sampai petang ke malam. Dan hari-hari pikir benda sama.
Bosan juga asyik masak lauk yang sama. Anak-anak pun bunyi. Kalau rajin korang pegi la buka Facebook, blog cari resepi sedap-sedap. Boleh try buat kat rumah. Resepi daging goreng Thai style ni pun aku jumpa kat Facebook ye. Nampak sedap!
Resepi daging goreng Thai style ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Azahari Abdullah. Nampak sangat mudah dibuat. Daging nampak juicy dan menyelerakan. Rugi sangat kalau tak cuba.
Daging ni kena makan dengan sos dia sekali. Cara sos di masak jugak ala style orang Thai. Masam, manis dan pedas. Penggunaan cili dalam sos juga boleh di adjust ikut citarasa masing-masing.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
Apa tunggu lagi, jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging goreng Thai Style ni. Hidangan ni sesuai jugak untuk orang diet yang tak nak makan nasi.
Bahan-bahanyang diperlukan adalah :
- Daging 800g
- Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
- Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus
- Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk
- Sos Tiram 2 sudu besar
- Garam secukup rasa
- Butter atau majerin untuk menumis
Bahan-bahan untuk sos :
- Serbuk cili thai
- Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu
- 2 sudu Beras digoreng atau disangai dikisar halus
- Air Limau nipis 2 sudu
- Air Asam jawa 3 sudu
- Kicap sotong atau sos ikan
- Bawang kecik merah 3 ulas dihiris nipis
- Daun ketumbar dan daun bawang
CARA PENYEDIAAN DAGING GORENG THAI STYLE :
▶️ Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.
▶️ Perap 30 minit atau 2 jam.
▶️ Sementara tu, boleh campur semua bahan untuk buat sos. Kemudian ketepikan.
▶️ Panaskan butter dan masukkan bawang putih.
▶️ Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap tadi.
▶️ Masak daging bersama sos dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sambal Gesek Goreng Yang Padu. Makan Dengan Nasi Goreng Pun Ngam!
Yang suka makan daging, save siap-siap resepi ni. Bila rasa nak tukar selera masakan negara luar, boleh try buat resepi ni dulu. Masakan Thai memang tak pernah mengecewakan. Sebab tu setiap kali keluar makan kat luar, aku pilih makan kat kedai Siam.
Sekali pandang je dah kecur liur aku tengok sos Thai ni. Korang nak makan dengan nasi putih pun boleh je. Confirm terangkat! Bertambah-tambah nasi dibuatnya. Korang kena try juga lauk ni. Boleh buat lauk malam karang.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Azahari Abdullah kerana sudi berkongsi resepi daging goreng style Thai ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!