Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Apam Balik Homemade Yang Gebu Gebas. Lembut Je Hasilnya Memang Puas Hati!

0 792

Nak buat apam balik yang lebih sedap dari yang dijual dipasar malam? Mudah sangat, ikuti resepinya disini, confirm anda puas hati. Sebab anda akan dapat menghasilkan apam balik homemade yang lembut dan gebu gebas.

Apam balik merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung didalamnya.

Disabah kuih ini dipanggil sebagai kuih terang bulan, ada juga yang tak mengenalinya dengan nama terang bulan. Bila buat sendiri anda boleh banyakkan lagi inti kacang dan jagung didalamnya. Kalau beli diluar belum tentu dapat inti yang banyak.

Kuih apam balik ini sering kita temui dijual dipasar malam, dihidang panas-panas, lagi sedap. Mengikut peredaran zaman, inti apam balik juga telah dipelbagaikan seperti inti coklat, cheese, strawberry dan macam-macam lagi.

Resepi apam balik ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Fatihah Hamid melalui laman facebooknya. Teksturnya juga berongga dan cukup menyelerakan. Terdapat dua jenis apam balik iaitu apam balik tradisional dan apam balik keropok.

 

RESEPI APAM BALIK HOMEMADE :

Apam balik tradisional adalah merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang lembut dan gebu. Manakala, apam balik keropok pula merujuk kepada apam balik yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 biji telor
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit esen vanila
  • Sweetcorn
  • Gula
  • Kacang tanah dikisar
  • Sedikit marjerin

CARA PENYEDIAAN APAM BALIK HOMEMADE :

▶️ Pukul telor dan gula sampai kembang.

▶️ Masukkan air dan pukul rata.

▶️ Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder dan kacau sebati.

▶️ Letak esen vanila. Kalau adunan pekat, tambahkan sedikit air.

▶️ Gunakan non stick pan. Masukkan sesenduk adunan dan ratakan guna senduk.

▶️ Bila dah nampak gelembung kecil, masukkan gula, jagung, kacang dan marjerin.

▶️ Agak-agak dah gelembung dan masak sepenuhnya, angkat dan hidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Sambal Bali Yang Super Mudah, Sedap Dan Berhantu. Ikut Step By Step Confirm Menjadi!

 

Siap untuk dihidang! Cuma perlu dimasak menggunakan non stick pan sahaja anda dapat hasilkan apam balik yang cukup sedap secara homemade. Apam balik juga merupakan sejenis kuih yang sangat sinonim dijual dibulan ramadhan.

Menjelang bulan ramadhan, kuih ini akan dijadikan juadah berbuka puasa. Ianya juga boleh dihidang untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga golongan berusia.

Lepas ni tak perlu beli apam balik diluar lagi, anda boleh menyediakannya secara homemade. Semoga resepi apam balik homemade ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open