Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Apam Pisang Cheese Yang Lembut Dan Gebu. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!
Korang yang suka makan apam boleh try resepi apam pisang cheese ni. Memang lembut dan gebu. Anak-anak pun suka! Apam pisang cheese ni sesuai sangat buat breakfast dan minum petang. Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah.
Apam pisang cheese ni ada 2 layer. Bahagian bawah perisa cheese dan bahagian atas pulak perisa pisang. Sedap ye apam pisang cheese ni. Memang lain dari yang biasa kita buat. Korang yang suka makan kek pisang boleh la try buat apam ni.
Guna pisang anak-anak je. Pisang anak-anak yang dah nak lebab tu, elok cepat-cepat buat apam pisang cheese ni. Takde lah terbuang nanti. Dah lebab mesti kejap je dah busuk. Sayang! Apam ni aku tak jumpa lagi orang jual ye.
Baru pertama kali aku jumpa resepi ni. Resepi apam pisang cheese ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Stcaldina Ismail. Confirm korang suka makan apam ni banding apam nasi yang biasa tu.
Dulu-dulu, kalau ada je nasi tak habis, mesti mama buat apam. Biasanya nasi makan semalam. Esok pagi, kalau semua dah bosan makan nasi goreng. Mama mesti siapkan apam nasi tabur kelapa parut. Tu la buat breakfast kami ke Sekolah.
RESEPI APAM PISANG CHEESE
Ada tak yang pernah try buat apam pisang cheese ni? Mula-mula aku ingatkan guna pisang berangan tau. Rupanya guna pisang anak pun boleh. Jom kita tengok resepinya. Bahan-bahan dan cara penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan pisang dilecek halus
- 2 cawan tepung gandum *
- 1 sudu teh baking powder *
- 1 sudu teh soda bikarbonat *
- 2 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan minyak
- 3 sudu makan susu pekat manis
- Sedikit garam
- Perisa pisang
Bahan untuk cream cheese :
- 250gm cream cheese (Tartura)
- 1/3 cawan gula
- 1 biji telur
- 2 sdm tepung gandum
CARA PENYEDIAAN APAM PISANG CHEESE :
Cara penyediaan bahagian pisang :
▶️ Mixed gula, telur, minyak, garam dan perisa pisang.
▶️ Masukkan pisang yang dilecek tadi. Mixed hingga adunan tercampur rata.
▶️ Masukkan tepung gandum. Mixed dan rehatkan 15 minit.
Cara penyediaan bahagian cheese :
▶️ Mixed cream cheese, masukkan gula dan telur.
▶️ Mixed hingga halus. Akhir sekali masukkan tepung. Masukkan cream cheese dalam piping bag untuk memudahkan semasa nak letak kat acuan.
▶️ Sapu minyak pada acuan. Letak cream cheese, kemudian letak adunan pisang diatasnya.
▶️ Kukus selama 15 minit guna api sedang.
BACA JUGA : Resepi Peria Goreng Crispy Yang Simple Dan Sedap. Peria Kurang Pahit Dan Tahan Lama!
Alhamdulillah! Siap pun apam pisang cheese kita. Sedap sangat-sangat ye. Lepas ni confirm korang nak buat lagi apam ni. Rasanya lebih sedap dari apam beras yang biasa kita buat tu. Boleh tabur kelapa parut atau dimakan begitu sahaja.
Resepi dah ada. Kalau rajin boleh la buat apam pisang cheese ni kat rumah. Sesuai jugak buat hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah. Contoh untuk majlis kenduri, sambutan hari jadi dan lain-lain.
Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Stcaldina Ismail kerana sudi berkongsi resepi apam pisang cheese yang lembut dan gebu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!