Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Mudah Buat Popia Stick. Sesuai Untuk Kudapan Atau Hidangan Raya!
Pernah tak makan popia stick? Sedapnya ya ampun. Dengan rangupnya dan juga rasa coklat yang kita gunakan tu boleh buat kita ralit makan sampai habis lah sebalang.
Popia stick ni antara makanan simple yang kita boleh buat untuk kudap-kudapan, makan depan tv, hidangkan kepada tetamu atau nak buat sebagai kuih raya pun sesuai sangat.
Untuk buat popia stick ni kos nak buat dia murah je. Dan boleh dapatkan hasil yang banyak. Kira puas lah untuk kita nak makan. Selain nak buat untuk makan sendiri, ada juga yang buat sebagai bahan jualan.
Sekiranya resepi popia stick ni boleh berikan manfaat kepada korang semua, ianya sangat dialu-alukan untuk dkorang guna dan kongsikan kepeada sesiapa yang memerlukan. Cuma doakan pemilik resepi ini iaitu Cik puan Anyss Sophia supaya dimurahkan rezeki.
Menariknya buat popia stick ni, kita boleh buat berbeza topping dan berbeza coklat untuk rasa yang sedikit berbeza. Jom saya kongsikan bahan yang digunakan dan cara membuatnya.
RESEPI POPIA STICK
Untuk dapatkan popia stick yang cantik kejadiannya, coklat yang digunakan pun mestilah yang sedap dan tidak terlalu murah. Nanti hasilnya kurang cantik.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Kulit popia besar (potong 4 bahagian)
- Coklat masakan ( cairkan )
- Tepung gandum ( bancuh sebagai gam)
- Topping ( Horlick, chocolate rice dll))
- Chopstick
CARA PENYEDIAAN POPIA STICK :
▶ Mula-mula sekali, gulung kulit popia pada chopstick. Bila dah sampai hujung, sapukan bancuhan tepung gandum untuk bagi dia melekat.
▶ Buat sampai habis kulit popia yang ada. Jika gunakan yang saiz kecil, tengok pada kesesuaian.
▶ Seterusnya, perlahan-lahan tarik chocpstick keluar daripada gulungan kulit popia tadi. jangan sampai tercabut atau terbuka ye.
▶ Sementara tu panaskan minyak masak dalam kuali. Gorengkan kulit popia sehingga bertukar kekuningan. Tak perlu lama kerana kulit popia ni cepat garing.
▶ Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Didihkan air dalam periuk dan letakkan mangkuk tahan panas dia atas periuk. Masukkan coklat dan kacau sampai coklat cair sepenuhnya.
▶ Bila coklat cair, celupkan kulit popia tadi ke dalam coklat ikut para yang kita mahukan. Buat sehingga habis kulit popia.
▶ Akhir sekali, celupkan ke dalam topping yang kita suka. Bergantung kepada apa yang kita ada.
▶ Sejukkan seketika dan sedia untuk dimakan.
BACA JUGA: Resepi Sup Tulang Ala Thai Persis Kedai. Rasa Padu Cukup Masam Dan Pedas!
Kalau buat popia stick ni untuk raya, rasanya boleh jadi makanan yang paling cepat laku dan habis licin. Jadi, kalau nak buat kenalah buat banyak sikit supaya mudah nak refill balang dan baru puas kita nak makan.
Save dulu resepi ni supaya mudah kita nak buat dan cari balik kelak. Simpan di wall facebook lebih mudah dan supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama. Lebih-lebih lagi kalau yang nak buat sebagai punca pendapatan.
Saya harap resepi mudah popia stick ni dapat membantu kita dalam menghasilkan kudapan yang disukai ramai. Rangup bila dimakan dengan coklatnya yang menambahkan lagi kesedapan popia stick ni.