Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sup Tulang Ala Thai Persis Kedai. Rasa Padu Cukup Masam Dan Pedas!

Sup Tulang sedap
0 18,508

Ada yang suka makan sup tulang ala Thai? Kalau makan dekat kedai, confirm akan oder sup tulang ni makan dengan sambal belacan dia. Memang padu!  Dan korang wajib cuba follow resepi ni.

Nak buat sup tulang ni lagi banyak bahan digunakan lagi sedap. Yang penting rasa kena blend dengan rasa masam dan rasa sup dia. Wajib makan ketika sup masih panas, dan nasi putih pun panas. Tapi hati-hati risau bertambah nanti.

Tak lengkap makan sup tulang ala Thai ni kalau tak ada telur dadar yang kembang tu. Gabungan dua makanan beserta sambal belacan dia cukup dah untuk buat kita ralit makan tanpa hiraukan orang belakang.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hamizah Hassanuddin ni nampak sangat berselera dan sebijik macam kedai. Janji ada tulang, semua orang boleh menjadi kalau ikut respei yang dikongsikan ni.

Boleh kongsikan dulu resepi ni di wall facebook korang kalau tak sempat nak buat sekarang. Nanti bila berkelapangan boleh buat dan hidangkan buat family tercinta.

 

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Kalau ada yang nak buat, tapi tak ada tulang boleh gantikan sahaja dengan daging. Walaupun rasa dia kurang sama, tapi dapat ala-ala pun dah okay kan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Tulang
  • Sedikit isi daging
  • 1 biji lemon ( perah jusnya )

 

BAHAN TUMIS :
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji bawang holland
  • 5 ulas bawang putih
  • 5- 6 helai daun limau purut
  • 3 batang serai
  • 4-5 hirisan halia
  • 3-4 hirisan lengkuas
  • Akar ketumbar

BAHAN HIRIS :
  • Batang saderi
  • Daun ketumbar
  • 10 biji cili padi merah dan hijau ( ikut kepedasan kita )
  • 3 biji liamu nipis
  • 3 biji tomato

CARA PENYEDIAAN SUP TULANG ALA THAI :

▶ Mula-mula rebus tulang dan daging sehingga daging empuk. Kalau ada pressure cooker lebih baik kerana lebih cepat masak.

▶ Tumis bahan-bahan tumis sehingga terbit bau wangi. Jangan sampai hangit ye, risau nanti pahit.

▶ Seterusnya, bila daging dah empuk, masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk rebusan daging dan tulang tadi. Biarkan sampai mendidih.

▶ Masukkan perahan jus lemon. Boleh adjust jika suka masam, lebihkan jika tak suka masam, boleh kurangkan.

▶ Kemudian, masukkan bahan-bahan hirisan ke dalam sup kita.

▶ Kacau sampai sebati semua bahan. Biarkan sampai kuah mendidih sekali lagi.

▶ Bila dah mendidih, taburkan daun ketumbar, atau daun sup, beserta bawang goreng dan juga serbuk perasa.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Musim Panas Ni Sedap Tau Makan Jelly Kelapa. Ni Resepi Ringkas Untuk Semua!

 

Ada yang suka makan sup tulang ni dengan sambal kicap. Pedas-pedas manis gitu. Alang-alang buat sup tulang atau sup daging ni, extrakan kuah untuk makan petang juga. Boleh dicelur mee kuning atau bihun je nanti.

Sedap tak terkata dapat makan sup tulang ala Thai ni. Bila dah tahu cara nak hasilkan sup tulang yang sedap ni, bolehlah buat selalu kalau ada tulang atau daging nanti. Save dulu resepi ni supaya mudah nak rujuk.

Saya harap, perkongsian resepi buat sup tulang ala Thai ni dapat memberikan manfaat kepada korang semua yang nak belajar cara buat. Siapa yang dah pernah rasa, insyaAllah pasti akan suka. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open