Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sotong Sumbat Bakar Letops Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya!

0 450

Ada yang rasa nak makan sotong sumbat bakar tak? Apa kata korang follow resepinya di sini. Mudah sangat cara penyediaannya. Buat sambal macam biasa dan sediakan bahan untuk sumbat sotong. Memang sedap sangat. Makan dengan nasi putih panas je pun, boleh terangkat dibuatnya!

Nak makan sotong bakar sumbat ni kena pakai sotong besar dan segar. Barulah rasa manis dan sedap bila di makan nanti. Siap ada rasa mayonis lagi tau! Cara masak sotong sumbat bakar ni pun ada banyak cara ye. Ada yang dimasak ala sos Thai, ada juga yang di masak menggunakan sambal.

Apa pun cara masak lauk ni, masing-masing ada keenakannya yang tersendiri. Termasuklah sotong sumbat bakar ni. Memang enak sungguh rasanya. Didalamnya di masukkan telur tumis bercampur mayonis dan bahagian luarnya pula di salut dengan sambal. Wah! Terliur rasa nak makan lauk ni.

Kalau nak makan kat luar boleh tahan mahal juga harganya. Apa kata korang masak sendiri kat rumah. Follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Nor Seri Azlina Bustani ni. Confirm puas hati dengan hasilnya. Lagi sedap dari makan kat kedai ikan bakar tu tau. Duit poket pun jimat!

Nak lagi sedap, korang bakar sotong ni atas daun pisang. Fuh! Bau wangi ala-ala makan ikan bakar kat kedai. Hari ni masak, esok mesti terbayang nak makan lagi tau. Kalau korang nak sotong bakar tu lagi pedas, korang boleh masukkan potongan cili api di dalamnya. Barulah nikmat nak makan nanti.

 

RESEPI SOTONG BAKAR SUMBAT

Mesti ada yang dah tak sabar nak try buat lauk ni kan. So, apa kata korang tengok bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Jangan lupa beli sotong yang fresh ye. Bakar atas pan je lagi senang. Tak payah nak bakar atas arang lagi. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk sumbat sotong :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada sulah
  • Telur
  • 2 sudu besar mayonis

 

Bahan untuk sambal :
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Belacan
  • Serai sebatang
  • 5 biji buah keras
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • 2 sudu besar santan kotak
  • Garam

CARA PENYEDIAAN SOTONG BAKAR SUMBAT :
Cara penyediaan sumbat sotong :

▶️ Tumis bawang merah dan bawang putih.

▶️ Bila bawang dah separa masak, masukkan telur dan lada sulah.

▶️ Perasakan dengan garam. Nak letak cili api pun boleh kalau nak pedas.

▶️ Lepas masak letak mayo 2 sudu besar.

▶️ Kemudian, sumbat ke dalam sotong yang dah dibersihkan tadi.

▶️ Kepala dan badan cucukkan dengan lidi.

▶️ Kemudian, bakar sotong dalam pan.

▶️ Ketepikan bila dah masak dan gunting tengah-tengah badannya.

Cara penyediaan sambal :

▶️ Tumis buat macam sambal biasa.

▶️ Bila sambal dah masak, salutkan sotong dengan sambal.

▶️ Bakar atas pan sehingga masak. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Raindrop Cake Atau Kuih Titisan Hujan Yang Viral Dan Cantik. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!

 

Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm licin pinggan di buatnya! Nak ratah macam tu je pun sedap tau. Rugi sangat kalau tak cuba lauk ni. Kalau sebelum ni korang makan sambal sotong biasa je, kali ni jom tukar selera makan sotong bakar sumbat pula.

Sotong ni kena cucuk guna lidi ye. Supaya tak putus-putus bila di gunting-gunting nanti. Sotong akan tercantum sampai lah siap di bakar. Mudah kerja membakar nanti. Telur yang dah sumbat dalam sotong pun tak berterabur. Sotong ni kena gunting. Senang korang nak makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Seri Azlina Bustani kerana sudi berkongsi resepi sotong bakar sumbat yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open