Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan Yang Sedap Dan Beraroma. Lembut Di Dalam Dan Garing Di Luar!

0 163

Rindunya nak makan kuih bakar pandan. Ada tak kat sini penggemar kuih tradisional ni? Kalau ada, bolehlah korang follow resepinya kat sini. Memang sedap dan beraroma daun pandan ye. Confirm korang tak cari resepi lain lagi. Sesuai sangat di jadikan minum petang sekeluarga.

Kuih ni perlu di bakar dałam oven. Cara orang dulu-dulu tak sama dengan kita sekarang ni. Tapi, cara kita lebih mudah banding orang dulu sebab dah ada oven yang boleh masak kuih ni dengan cepat dan sedap. Buat sendiri kat rumah je, lagi puas hati. Boleh makan banyak mana korang nak nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih bakar pandan ni takde lah banyak mana pun. Tapi, untuk mendapatkan warna hijau yang cantik, daun pandan yang banyak sangat di perlukan. Bau kuih juga akan lebih beraroma bila di bakar. Sedap sangat!

Secara modern, warna kuih ni boleh ditambah dengan pewarna. Tapi kalau dah warna daun pandan tu dah cukup, korang boleh je abaikan penggunaan pewarna tu. Letak pewarna pun tak elok sangat untuk kesihatan. Lebih baik korang masak kuih bakar pandan ni dengan warna asli daun pandan je. Lagi bagus.

Untuk yang baru nak cuba buat kuih bakar pandan ni, apa kata korang follow je resepi dari Cik Puan Aisyah Nasa ni. Confirm korang teruja dengan hasilnya. Resepi ni dah viral 3.5k share kat Facebook tau! Mungkin rata-rata yang share resepi ni dah dapat banyangkan keenakan kuih berpandukan gambar.

 

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN

Kuih ni biasanya di jual oleh peniaga kecil di gerai-gerai tepi jalan. Biasanya di jual waktu pagi untuk di jadikan sarapan. Jarang juga jumpa kuih ni di jual waktu petang. Kecuali di pasar-pasar rabu atau pasar malam. Kalau terasa nak buat sendiri, korang take note bahan-bahan kat bawah ni dulu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 8 helai daun pandan
  • 1 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar margerin
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil asen vanilla
  • 1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
  • Sedikit bijan

CARA PENYEDIAAN KUIH BAKAR PANDAN :

▶️ Sebelum membuat adunan, panaskan oven pada suhu 170C.

▶️ Blend kan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.

▶️ Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam blender. Kemudian, blend rata.

▶️ Tapis adunan ,tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak

▶️ Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

▶️ Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.

▶️ Cucuk kuih bakar dengan lidi. Jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sotong Sumbat Bakar Letops Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang! Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong sebab kalau di potong panas, kuih bakar sedikit lembik. Jadi tak cantik pula masa nak hidang nanti. Bau kuih memang sedap sangat! Patutlah ramai yang suka resepi ni. Tak rugi korang cuba.

Ada macam-macam lagi resepi menarik yang di kongsikan oleh Cik Puan Aisyah Nasa di wall Facebooknya. Semua nampak menarik. Kebanyakannya resepi kuih muih tradisional dan juga kek. Next time kita try resepi lain pula. Nampak kuih tikam utara dan tepung pelita modern tu nampak menarik. Bolehlah cuba nanti. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Nasa kerana sudi berkongsi resepi kuih bakar pandan ini di Facebook. Nampak cantik je kejadiannya. Lembut di dalam dan garing di luar. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open