Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Singgang Ikan Selar Yang Paling Sedap. Campak-Campak Je Dah Siap.

0 1,803

Masak singgang ni memang sedap sangat! Lagi sedap kalau hirup kuahnya panas-panas. Boleh buat legakan badan yang tengah lemau. Orang demam pun sesuai makan singgang ikan ni. Jom follow cara mudah masak singgang ikan selar kat sini. Campak-campak je siap!

Rupanya masak singgang ni takde lah susah mana pun. Korang campur je semua bahan dalam periuk dan didihkan sampai masak. Ingatkan susah! Yang tak reti masak pun boleh buat lauk ni tau. Sesuai juga di hidang musim-musim hujan. Barulah rasa best dapat panaskan badan.

Siapa yang tak kenal dengan lauk famous ni kan. Rasanya agak masam-masam asam dan warna kuahnya kuning kunyit.  Sekali pandang dah tahu tu masak singgang. Masak singgang ni boleh menggunakan apa saja jenis ikan. Tak kira ikan tenggiri, ikan kembong dan macam-macam lagi jenis ikan.

Untuk resepi masak singgang hari ni. Kita akan menggunakan ikan selar. Dan resepi yang kita akan ikuti adalah perkongsian resepi dari Cik Puan Nana Sabrina Sarsan. Nampak menarik dan simple resepi sangat. Patutlah viral 3k share kat Facebook. Rugi sangat tak cuba!

Menurut Cik Puan Nana Sabrina Sarsan, resepi ni merupakan cara masak mak beliau. Sedap hirup kuahnya  panas-panas. Dapat lawankan pula dengan sambal belacan dan ulam-ulaman fuhh betambah nasi sampai bepeluh-peluh dbuatnya! Tak cukup sepinggan ye. 

 

RESEPI SINGGANG IKAN SELAR

Korang yang duduk bujang, mesti tak suka masak lauk yang renyah kat rumah kan. Lauk singgang ni antara lauk paling simple korang boleh cuba. Tak kan hari-hari nak makan nasi bujang kan. Bosan juga! Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Dua ekor ikan selar (dibelah dua)
  • Garam secukupnya
  • Perahan Air asam jawa
  • Air agak2
  • 1biji bwg merah saiz besar (dihiris)
  • 2 ulas bwg putih (dihiris)
  • Serai d ketuk
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1 sudu teh minyak
  • Tomato (optional)
  • Cili merah dan cili padi (optional)

CARA PENYEDIAAN SINGGANG IKAN SELAR : 

▶️ Mula-mula bersihkan ikan selar dan belah dua.

▶️ Campur semua bahan-bahan memasak di atas.

▶️ Kemudian, didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kuih Bakar Pandan Yang Sedap Dan Beraroma. Lembut Di Dalam Dan Garing Di Luar!

 

Maka siaplah lauk singgang ikan selar kita hari ni. Yang dah rindu masakan mak kat kampung, bolehlah selit resepi ni untuk lauk makan malam nanti. Sedap sangat! Nak pedas korang masukkan cili padi je nanti. Tak payah tumbuk atau picit masa nak masak. Korang picit masa makan je nanti.

Rupanya Cik Puan Nana Sabrina Sarsan ni seorang yang suka berniaga kek di Wall Facebooknya. Korang boleh usha kek-kek yang ada. Kot korang nak buat tempahan nanti. Katanya kena belajar teknik buat kek yang betul. Barulah menjadi dan cantik kejadiannya. Dah siap nanti, mesti rasa sayang nak potong! 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi masak singgang ikan selar yang mudah dan simple ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open