Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bebola Ubi Cameron Highlands Ungu Dan Oren. Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

0 297

Baru balik dari Cameron Higlands, banyak pulak beli ubi hari tu. Ubi ungu dan ubi oren. Terus plan dengan member nak try resepi bebola ubi Cameron Highlands ungu dan oren. Dua-dua pun sedap. Rangup kat luar dan lembut kat dalam.

Ada 2 resepi kita akan buat kali ni. Satu bebola ubi versi Cameron Highlands dan yang satu lagi bebola ubi kopong versi indo, thai dan chinese. Tak dapat makan kat Cameron hari tu. Nasib baik bawak balik ubi. Boleh la buat bebola ubi ni kat rumah.

Nak buat bebola ubi yang cantik bentuknya kena ikut teknik yang betul. Lagi-lagi bebola ubi kopong versi indo, thai dan chinese tu. Kat dalamnya kosong. Nak bebola terbentuk elok kena guna suhu api yang sederhana masa masak nanti.

Kedua-dua resepi bebola ubi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tuan Adriana Arissa. Resepi ni dapat share yang banyak kat Facebook. Mesti semua beli ubi kat Cameron kan.

Yang nak buat bebola ubi ni, tapi susah nak jumpa ubi kat area korang. Boleh je grab ubi ni kat Shopee. Ada je yang beli ubi kat Shopee. Nak pegi Cameron pun jauh jugak kan. Tapi nak jugak tekak ni rasa makanan yang viral kat sana.

RESEPI BEBOLA UBI CAMERON HIGHLANDS UNGU DAN OREN 

Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan bebola ubi ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bebola ubi ungu :  
  • 450g ubi keledek (direbus dan dilenyek)
  • 1/2 cwn tepg pulut
  • 3/4 cwn tepg beras
  • 1/4 cwn gula
  • 1 sdt baking powder
  • Sedikit garam
  • Bijan

CARA PENYEDIAAN BEBOLA UBI CAMERON HIGHLANDS (UBI UNGU) :

▶️ Campur semua bahan sehingga menjadi doh.

▶️ Kemudian, bulat-bulatkan dan boleh digolek diatas bijan.

▶️ Goreng sehingga masak dengan api yang kecil.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk bebola ubi oren : 
  • 300g ubi keledek (direbus & dilenyek)
  • 70g tepung ubi
  • 30g tepung gandum
  • 70g gula
  • Sedikit garam
  • 1 sdt baking powder
  • 1-2 sudu besar air

CARA PENYEDIAAN BEBOLA UBI KOPONG VERSI INDO/THAI/CHINESE (UBI OREN) : 

▶️ Campur semua bahan dan gaul sebati.

▶️ Kemudian bulat-bulatkan sebesar biji bola pinpong. Untuk kuih ni wajib dapatkan hasil yang kosong/kopong kat dalam barulah menjadi kuihnya.

▶️ Tekniknya ialah : Goreng dengan api sederhana besar. Bila dah nampak hampir separuh masak hendaklah ditekan-tekan kuihnya dan digolek-golek di dalam kuali.

▶️ Kuih akan naik lebih kembung. Jangan risau terpenyek kerana ia akan bulat semula. Kuih akan menjadi ringan bila dah masak.

▶️ Dah masak, angkat dan toskan. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sup Telur Chinese Style Untuk Orang Diet. Ala-Ala Hidangan Hotel Gitu! 

 

Nak lagi mudah korang boleh tengok kat Youtube cara goreng bebola ubi kopong ni. Lagi mudah. Sesetengah orang lebih mudah nak faham bila tengok video. Ha, korang tengok kejadian bebola ubi ni. Cantik elok je bentuknya.

Dah 4 kali pegi Cameron Highlands. Tapi sekali je dapat makan kuih ni. Dah sampai sana asyik makan strawberry je. Dapat pulak nasi lemak kat Opah tu lagi sedap! Ramai tau orang rekomen nasi lemak kat situ sedap! Korang cuba la.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Tuan Adriana Arissa kerana sudi berkongsi resepi bebola ubi Cameron Highlands ungu dan oren ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open